Dapur Tempur, sebuah program realiti masakan terbaharu di TV9 ini telah membawakan 8 pasangan keluarga yang minat memasak untuk berentap menjadi juara.
Bagi anda yang sudah lama tertunggu program realiti masakan, boleh tonton rancangan Dapur Tempur yang bakal bersiaran bermula 3 November 2022 ini, setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9.
Program yang bersiaran sebanyak 8 episod ini juga boleh ditonton melalui strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.
Baca juga: OHSEM ADS 2022 Sasar Untuk Bantu 3,000 Pengusaha SME
Menurut Pengurus Besar Pengurusan Kandungan & Siaran TV9, Puan Khairunnisa Kamarulzaman, program Dapur Tempur adalah program realiti masakan pertama yang akan bersiaran di TV9 setelah penjenamaan semula stesen tv ini pada tahun lepas.
“Sudah pastinya kami amat teruja untuk menyajikan program realiti terbaharu kepada penonton setia kami kerana ia bakal menghiburkan seisi keluarga setiap malam Khamis dengan pelbagai gelagat peserta yang bertanding serta mereka juga bakal mendapat tips-tips masakan yang boleh dimanfaatkan.
“Seiring dengan imej Janji Happy di TV9 yang menjadi destinasi keluarga yang menghidangkan barisan program untuk tontonan keluarga, kami juga berharap agar program Dapur Tempur ini bakal menjadi rancangan pilihan keluarga di Malaysia.
“Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja bersama Panasonic dan NONA yang turut sama memeriahkan lagi program Dapur Tempur,” katanya dalam sidang media semalam.
Sesi uji bakat telah diadakan seawal Februari 2022 untuk mencari pasangan keluarga yang mahir memasak kerana kumpulan peserta terpilih perlu menyediakan dua hidangan menarik mengikut tema yang telah ditetapkan setiap minggu.
8 pasangan keluarga yang terpilih sebagai peserta adalah:
Juara Dapur Tempur bakal memenangi hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.
Pemenang mingguan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA manakala pemenang cabaran NONA dalam episod-episod tertentu membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.
Dapur Tempur dibawakan oleh penaja bersama Panasonic, “Hidup sihat setiap hari bersama Panasonic” dan NONA, “Jom #NONAKanHarimu, Pelbagai Rasa, Semudah Rasa dan Seenak Rasa”, manakala MyResipi selaku rakan digital rasmi.
Program ini menampilkan Yasmin Hani sebagai hos manakala juri tetap pula digalas oleh Sheila Rusly serta Chef Adu Amran.
Setiap episod juga menampilkan juri-juri jemputan yang akan sama-sama menilai aneka hidangan oleh peserta Dapur Tempur.
Antara juri jemputan Dapur Tempur adalah Nana Mahazan, Ayda Jebat, Afifah Nasir, Naim Daniel, Ropie, Sissy Imann, Bell Ngasri, dan Michael Ang.
#myPanasonic #PanasonicCooking #Nona #NonakanHarimu #DapurTempur #TV9Malaysia #149 #JanjiHappy
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…