Resipi sup ayam hali lada hitam ini sangat mudah untuk dibuat. Hanya perlu dimakan dengan nasi putih pun dah cukup.
Sup ayam halia lada hitam ini selalunya menjadi pilihan tatkala badan dalam keadaan kurang sihat atau demam.
Baca juga: Resipi DIY Stok Rempah Sup, Jimat Masa, Mudah & Tahan Lama
Mungkin kerana rasa pedas lada hitam dan aroma halia yang menyenangkan dapat membangkit kembali selera makan atau sekadar alas perut sehingga sihat.
Rasanya agak lain sedikit berbanding versi sup ayam biasa. Tapi korang juga boleh kurangkan rasa pedas tersebut dengan kurangkan penggunaan lada hitam buat anak-anak.
Dengan mengikuti perkongsian resipi dari Lin Zalikha ini yang mendapat lebih 2.3 likes serta 1k shares, korang pastinya dapat menikmati rasa hidangan ini yang sebenar.
Jom ikuti step by step di bawah.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Masakkan air sehingga panas.
2. Tumbuk bawang merah, putih & lada hitam.
3. Masukkan serai, halia, bahan tumbuk, ayam, garam & gula.
4. Tutup & biarkan ia masak.
5. Masukkan bawang putih & daun bawang.
Siap untuk dihidang. Kalau tak nak makan nasi, masih boleh makan sup ni begitu saja. Nak diet lah katakan.
Apa saja jenis hidangan bersup lebih sesuai dihidang dan dimakan waktu malam. Cuaca malamkan agak sejuk, sesuailah dengan hidangan bersup.
Selamat mencuba.
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…
Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…