daging masak kicap berkuah​

Lauk daging masak kicap berkuah ini sememangnya menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia terutamanya anak-anak kerana rasanya yang manis-manis dan tidak semestinya pedas. Ditambah pula dengan limpahan kuah kicap yang ngam sangat bila digaul bersama nasi putih panas, silap-silap boleh bertambah nasi dibuatnya!

Pemilihan bahagian daging memainkan peranan penting bagi memastikan lauk anda tidak liat dan cepat empuk semasa dimasak. Sesuai sangat untuk mak-mak yang sibuk tetapi mahu menyediakan hidangan yang cepat, berkhasiat dan digemari oleh seluruh ahli keluarga.

Untuk perkongsian kali ini, kami bawakan resipi istimewa  yang sangat mudah diikuti walaupun anda baru pertama kali mahu mencubanya di dapur. Jom kita semak bahan-bahan yang diperkukan dan cara penyediaan lengkap di bawah!

Baca juga: Resipi Daging Belengas Yang ‘Juicy’ & Lembut Elok, Sedapnya Menjilat Jari!

RESEPI DAGING MASAK KICAP BERKUAH

daging masak kicap berkuah​

Bahan-bahan:

  • 1kg daging (disyorkan batang pinang)
  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 1 batang kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • Kicap lemak manis secukupnya
  • Air secukupnya (jika suka berkuah)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 2 biji bawang besar (racik)
  • 3 ulas bawang putih (racik)
  • 1 inci halia (racik)
  • 10 batang cili api (racik, jika suka pedas)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang) sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging yang telah dipotong nipis atau sederhana besar. Kacau hingga daging bertukar warna.
  4. Tambahkan kicap pekat, kicap lemak manis dan serbuk lada hitam. Gaul rata supaya daging bersalut elok dengan kicap.
  5. Masukkan sedikit air jika suka berkuah.
  6. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga daging empuk. Tambah air sedikit demi sedikit jika perlu.
  7. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya. Kacau rata.
  8. Bila daging sudah empuk dan kuah mula pekat, masukkan bahan hiris (bawang, halia dan cili api).
  9. Kacau seketika 2–3 minit sahaja supaya sayur masih rangup dan wangi.
  10. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Marsitah Ibrahim

Baca juga: Resipi Nasi Daging Utara Paling Senang, Confirm Jadi & Sesuai Untuk Hidangan Satu Keluarga

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN