daging goreng merah

Resipi daging goreng merah Terengganu ialah hidangan daging yang dimasak dengan kuah merah yang kaya dengan rempah dan rasa.

Daging biasanya dihiris nipis, kemudian digoreng atau dimasak dengan bawang merah, bawang putih, halia dan cili boh. Ia dimasak hingga daging lembut dan kuah menjadi pekat.

Jika ada yang ingin mencuba kelainan, boleh cuba resipi ini di bawah. Dijamin sedap menjilat jari dan disukai satu keluarga!

Baca juga: 12 Tip Lembutkan Daging Korban Dengan Cepat, Tak Payah Guna Pressure Cooker Dah!

RESEPI DAGING GORENG MERAH TERENGGANU

daging goreng merah

Bahan kisar (dikisar halus):

Bahan tumis & perasa:

  • 3 sudu besar cili boh (boleh kurangkan jika tidak mahu pedas)
  • 1-2 sudu besar sos cili
  • 1-2 sudu besar sos tomato
  • 1-2 sudu besar kicap manis (untuk menggelapkan kuah)
  • Daging (dihiris nipis, anggaran ikut keperluan)
  • 1 keping asam keping
  • Air secukupnya
  • Garam, gula, serbuk perasa (aji) dan lada hitam secukup rasa

Cara-cara penyediaannya:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia hingga halus.
  2. Tumis bahan kisar bersama cili boh sehingga naik minyak dan wangi.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. Gaul rata.
  4. Masukkan daging yang telah dihiris nipis. Kacau sebentar.
  5. Tambahkan air dan sekeping asam keping. Masak hingga daging empuk. Tambah air jika perlu.
  6. Setelah daging lembut dan kuah kelihatan pekat, perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa dan lada hitam secukupnya.
  7. Apabila kuah telah cukup pekat dan rasa seimbang, tutup api.
  8. Sedia untuk dihidang bersama nasi panas.

Sumber: Aejaa Sabri

Baca juga: Cara Buat Perapan Daging Harimau Menangis Paling Mudah, Tapi Rasa Dia Padu Habis!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN