cara melembutkan daging

Ramai yang suka masak daging, tapi tak semua tahu cara melembutkan daging dengan mudah dan cepat. Kadang-kadang, dah lama masak pun daging masih keras. Geram sungguh dibuatnya!

Sebenarnya ada banyak petua dan cara moden serta tradisional yang boleh digunakan untuk lembutkan daging tanpa perlu tunggu lama. Malah, semua bahan ni biasanya dah ada saja dalam dapur kita.

Jadi, jom kami kongsikan 12 tip praktikal yang memang berkesan untuk anda cuba!

Baca juga: Cara Buat Perapan Daging Harimau Menangis Paling Mudah, Tapi Rasa Dia Padu Habis!

12 CARA MELEMBUTKAN DAGING KORBAN DENGAN CEPAT

cara melembutkan daging

1. Masukkan Ais Semasa Merebus

Bila air tengah mendidih, letak beberapa ketul ais. Suhu yang berubah secara tiba-tiba bantu pecahkan serat daging dan buat ia cepat empuk.

2. Tambah Hirisan Nanas

Letakkan beberapa keping buah nanas semasa merebus. Enzim dalam nanas bantu melembutkan daging secara semula jadi. Jangan letak terlalu banyak ya, nanti daging jadi terlalu lembik.

3. Gunakan Baking Soda

Gosokkan baking soda pada daging dan biar selama 20 minit. Kemudian bilas sampai bersih. Ia bantu longgarkan struktur daging supaya lebih lembut. Pastikan daging tak rasa licin selepas dibilas.

4. Guna Periuk Tekanan

Kalau ada pressure cooker, memang lagi senang! Daging boleh lembut dalam masa kurang 30 minit. Sesuai sangat untuk yang nak cepat masak.

5. Perap Dengan Lemon atau Limau Nipis

Hiris nipis dan perap bersama daging selama 2 jam atau semalaman. Kandungan asid dalam limau bantu lembutkan otot daging.

6. Tambah Cuka Dalam Masakan

Letak sedikit cuka semasa merebus atau semasa perap. Asid dalam cuka bantu pecahkan protein dalam daging yang keras.

7. Potong Melawan Arah Urat

Potong daging bertentangan dengan arah urat supaya lebih cepat empuk. Kalau tak pasti, minta bantuan tukang daging. Buang juga selaput putih yang keras tu.

8. Ketuk Guna Tukul Daging

Guna tukul khas (meat mallet) dan ketuk-ketuk daging sebelum dimasak. Ia bantu nipiskan serat dan jadikan daging lebih lembut, macam buat stik!

9. Masukkan Kurma Dalam Rebusan

Letakkan 4-6 biji kurma semasa merebus. Kurma bukan sahaja bagi rasa manis, tapi juga bantu melembutkan daging secara semula jadi.

10. Teknik “Mati Air”

Potong daging kecil-kecil dan masak atas kuali tanpa minyak atau air. Daging akan keluarkan air sendiri. Bila air kering, daging jadi cepat empuk.

11. Letak Alat Logam Dalam Periuk

Contohnya sudu besi, senduk tembaga atau loyang kecil. Logam bantu kekalkan suhu panas dan mempercepatkan proses daging empuk.

12. Perap Dengan Coca-Cola

Rendam daging dengan Coca-Cola semalaman. Kandungan asid dan gula bantu melembutkan serta beri rasa manis yang sedap.

Petua-petua ni bukan saja jimat masa, tapi juga bantu kurangkan penggunaan gas dan tenaga. Yang paling menarik, daging akan lebih cepat empuk, mudah dimasak dan hasilnya pun lebih sedap!

Sumber: Facebook

Baca juga: Resipi Daging Bakar Danok Yang Juicy & Padu, Siap Dengan Sos Thai ‘Power’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN