perap daging

Kalau anda suka makan daging bakar yang lembut, berjus dan penuh rasa, rahsianya ada pada cara perap daging. Tak perlu bahan yang rumit pun, yang mana ada di rumah saja. Lagi lama perap, lagi meresap rasa!

Salah satu resipi yang makin popular sekarang ialah Harimau Menangis. Sejenis daging bakar gaya Thai yang biasanya dihidangkan bersama sos pencicah masam pedas. Nak buat sendiri di rumah pun boleh, malah lebih jimat dan puas hati.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan cara buat perapan daging Harimau Menangis yang paling mudah, tapi rasa dia confirm padu! Siap ada resipi sos cicah Thai sekali, senang sangat nak ikut.

Baca juga: Resipi Daging Bakar Danok Yang Juicy & Padu, Siap Dengan Sos Thai ‘Power’!

CARA PERAP DAGING HARIMAU MENANGIS PALING MUDAH

perap daging

Bahan perapan daging:

  • Daging yang dihiris nipis-nipis
  • Bawang putih (dicincang)
  • Nisan padi (gula kabung)
  • Nampla (sos ikan)
  • Sos tiram
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak
  • Kicap pekat
  • Ajinomoto (jika perlu)
  • Garam (jika perlu)

Cara perap:

  1. Gaul semua bahan dan perap semalaman. Jangan tambah air supaya daging kekal lembut dan berjus (juicy).

Bahan sos harimau menangis:

  • Nisan padi (gula kabung Thai)
  • Jus limau Thai
  • Nampla (sos ikan)
  • Beras goreng (kisar halus)
  • Serbuk lada kering Thai
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • Bawang merah (dihiris halus)
  • Garam (jika perlu)

Cara buat sos:

  1. Campurkan nisan padi, nampla, jus limau, serbuk lada kering dan beras goreng. Kacau sehingga sebati. Masukkan bawang merah dan daun ketumbar. Perah lagi jus limau untuk rasa masam segar. Siap!

Sumber: Sitisarah Hamid

Baca juga: Resipi Singgang Daging Kelantan, Kuah Masam Pedas Ini Confirm Buat Tambah Nasi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN