Categories: Resipi

Ramai Tak Sangka Daging Goreng Berlengas Boleh Jadi Sesedap Ini, Bertambah Nasi!

Ramai yang sangka daging goreng berlengas ini resipi baharu kerana sedang tular di TikTok, sedangkan lauk ini sebenarnya sudah lama menjadi kegemaran ramai. Apa yang membuatkannya istimewa ialah daging yang direbus hingga empuk sebelum digaul dengan sos pekat yang bersalut cantik pada setiap hirisan.

Gabungan bawang putih, sos cili, sos tiram dan kicap manis menghasilkan rasa pedas manis yang cukup menyelerakan. Tambah pula bawang besar, kacang panjang dan cili padi, memang padan dimakan bersama nasi putih panas. Tak hairanlah ramai yang kembali mencari resipi daging goreng berlengas ini sejak kebelakangan ini.

Baca juga: Cara Buat Perapan Daging Harimau Menangis Yang Sedap, Kena Perap 4 Jam Baru Rasa Padu

RESIPI DAGING GORENG BERLENGAS

Bahan-bahan:

Untuk daging:

  • ½ kg daging
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Air secukupnya untuk merebus

Bahan tumbuk:

Bahan sos:

  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar sos cili
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula

Bahan hiris:

  • 1 biji bawang besar (potong baji)
  • Kacang panjang secukupnya (potong 1 inci)
  • Cili padi merah secukupnya (belah dua)

Cara-cara Penyediaan:

1. Potong daging nipis dan gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit.

2. Rebus daging sehingga empuk. Angkat dan toskan.

3. Tumbuk lumat bawang putih.

4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang putih hingga naik bau.

5. Masukkan daging yang telah direbus dan gaul rata.

6. Tambahkan kicap manis, sos tiram, sos cili, sedikit air, garam dan gula.

7. Kacau sehingga semua bahan sebati dan sos mula bersalut pada daging.

8. Masukkan bawang besar, kacang panjang dan cili padi.

9. Gaul seketika sehingga sayur sedikit lembut.

10. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Tips:

  • Rebus daging sehingga benar-benar empuk untuk mendapatkan tekstur yang lebih sedap.
  • Jangan terlalu banyak menambah air kerana keistimewaan daging goreng berlengas terletak pada sosnya yang pekat dan bersalut.
  • Jika suka lebih pedas, boleh tambah cili padi mengikut cita rasa.
  • Masukkan sayur pada peringkat akhir supaya kekal rangup dan tidak terlalu layu.
  • Hidangkan ketika masih panas bersama nasi putih untuk menikmati rasa yang lebih menyelerakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Rozmaliza Omar

Baca juga: Masak Lemak Daging Salai Negeri Sembilan, Resipi Asli Kuah Pekat & Pedas Menyengat!

Aimi

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

2 days ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

2 days ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

2 days ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

2 days ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

2 days ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

2 days ago