
Ramai yang sangka daging goreng berlengas ini resipi baharu kerana sedang tular di TikTok, sedangkan lauk ini sebenarnya sudah lama menjadi kegemaran ramai. Apa yang membuatkannya istimewa ialah daging yang direbus hingga empuk sebelum digaul dengan sos pekat yang bersalut cantik pada setiap hirisan.
Gabungan bawang putih, sos cili, sos tiram dan kicap manis menghasilkan rasa pedas manis yang cukup menyelerakan. Tambah pula bawang besar, kacang panjang dan cili padi, memang padan dimakan bersama nasi putih panas. Tak hairanlah ramai yang kembali mencari resipi daging goreng berlengas ini sejak kebelakangan ini.
Baca juga: Cara Buat Perapan Daging Harimau Menangis Yang Sedap, Kena Perap 4 Jam Baru Rasa Padu
RESIPI DAGING GORENG BERLENGAS

Bahan-bahan:
Untuk daging:
- ½ kg daging
- Sedikit serbuk kunyit
- Air secukupnya untuk merebus
Bahan tumbuk:
- 5 ulas bawang putih
Bahan sos:
- 2 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar sos tiram
- 5 sudu besar sos cili
- Sedikit garam
- Sedikit gula
Bahan hiris:
- 1 biji bawang besar (potong baji)
- Kacang panjang secukupnya (potong 1 inci)
- Cili padi merah secukupnya (belah dua)
Cara-cara Penyediaan:
1. Potong daging nipis dan gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit.
2. Rebus daging sehingga empuk. Angkat dan toskan.
3. Tumbuk lumat bawang putih.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang putih hingga naik bau.
5. Masukkan daging yang telah direbus dan gaul rata.
6. Tambahkan kicap manis, sos tiram, sos cili, sedikit air, garam dan gula.
7. Kacau sehingga semua bahan sebati dan sos mula bersalut pada daging.
8. Masukkan bawang besar, kacang panjang dan cili padi.
9. Gaul seketika sehingga sayur sedikit lembut.
10. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Tips:
- Rebus daging sehingga benar-benar empuk untuk mendapatkan tekstur yang lebih sedap.
- Jangan terlalu banyak menambah air kerana keistimewaan daging goreng berlengas terletak pada sosnya yang pekat dan bersalut.
- Jika suka lebih pedas, boleh tambah cili padi mengikut cita rasa.
- Masukkan sayur pada peringkat akhir supaya kekal rangup dan tidak terlalu layu.
- Hidangkan ketika masih panas bersama nasi putih untuk menikmati rasa yang lebih menyelerakan.
Selamat mencuba!
Sumber: Rozmaliza Omar
Baca juga: Masak Lemak Daging Salai Negeri Sembilan, Resipi Asli Kuah Pekat & Pedas Menyengat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














