Alangkah sedapnya dapat makan kuih goreng pada waktu sarapan dan minum petang di rumah. Oleh itu, kami nak ajak anda buat Cucur Pisang Kembung yang sungguh lazat.
Cucur Pisang Kembung juga dipanggil cekodok pisang atau jemput-jemput pisang dibuat daripada campuran pisang dan tepung gandum, kemudian digoreng dalam minyak panas.
Oleh disebabkan cara membuatnya sangat mudah, jadi tak hairanlah ia menjadi kuih goreng yang disukai ramai sejak dulu lagi. Boleh dikatakan, semua orang suka makan!
Baru-baru ini, Mina Amy telah kongsikan resipi Cucur Pisang Kembung di Facebook yang hasilnya bukan saja sangat memuaskan, malah buat orang terliur melihatnya. Jom kita cuba!
Baca juga: Nak Resipi Cekodok Pisang Tanpa Gagal, Pakai Pisang Jenis ‘Ini’
Bahan A:
Bahan B:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, potong pisang menjadi kepingan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
2. Kemudian, campurkan tepung gandum, tepung beras, gula pasir, garam, baking soda, yis segera, marjerin cair dan air.
3. Selepas itu, gaul sampai sebati dan biarkan adunan selama 45 minit.
4. Lenyekkan pisang dan masukkan ke dalam adunan, kemudian gaul sampai sebati lagi.
5. Seterusnya, goreng dalam minyak panas sampai masak, angkat dan toskan.
6. Akhir sekali, masukkan topping mengikut citarasa. Siap untuk dinikmati!
Cucur Pisang Kembung ini bukan setakat sedap dinikmati begitu saja, malah anda boleh makan bersama hiasan topping yang lazat seperti cheese.
Rasa rangup di luar dan lembut di dalamnya bersama rasa lemak pisang pasti membuatkan anda berselera. Hidangkan untuk keluarga tersayang di rumah, pasti mereka memuji kesedapannya nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Mina Amy
Baca juga: Cara Buat Pisang Goreng Tanpa Serap Minyak, Rangup Sampai Petang
Nampak ikan dalam peti sejuk, terus terfikir nak buat Ikan Masak Merah. Mana taknya, lauk…
Semua orang suka makan ikan goreng sebagai hidangan lauk bersama nasi. Kali ini, kami nak…
Resepi ayam berlada ini memang unik dan lain dari lain. Gabungan cili padi dan daun…
Kalau anda mencari kelainan untuk lauk makan tengah hari, apa kata jom cuba resepi telur…
Tak kira waktu pagi atau petang, pantang nampak pau, mesti tak sabar nak makan. Lebih-lebih…
Peminat udang mesti seronok jika dapat makan masakan udang yang sedap. Sebelum itu, anda perlu…