cucur labu goreng

Mari nikmati hari petang dengan Cucur Labu Goreng yang lembut ini. Walaupun dalam budaya Cina dipanggil “Kimpu Kueh”, namun dalam budaya kita, ia dikenali sebagai cucur labu. Mungkin ramai tidak pernah dengar atau cuba hidangan ini.

Lihat gambarnya saja, pasti membuatkan kita lapar. Rasanya lebih sedap dimakan panas bersama sos cili thai.

Baca juga: Cucur Udang Guna 3 Bahan Saja, Resipi Semudah ABC!

Untuk resipi ini, lebih sedap jika menggunakan labu kuning. Ia kaya dengan vitamin dan mineral penting untuk kesihatan badan kita. Labu ini juga rendah kalori. Antara manfaatnya termasuk meningkatkan penglihatan dan menjadikan kulit lebih cantik.

Resipi cucur ini telah dikongsi oleh Cik Puan Musyahadah Oo. Ramai yang berkongsi resipi ini di Facebook dan gambar yang dikongsikannya itu menarik perhatian ramai.

RESIPI CUCUR LABU GORENG, SEDAP CICAH DENGAN SOS CILI THAI

cucur labu goreng

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Gaulkan semua bahan dalam mangkuk.

2. Pastikan adunan mencapai konsistensi yang seragam seperti adunan cucur.

3. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan.

4. Sedia untuk disajikan!

cucur labu goreng

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Musyahadah Oo

Baca juga: Cucur Tempe Resipi Chef Dave, Tak Sangka Sedap Rupanya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN