Categories: Resipi

Cucur Kiub Kentang Stail Adik Foods, Resipi Sejak Tahun 1991, Moh Le Cuba!

Menu sahur kali ini jom cuba resipi Cucur Kiub Kentang dari Adik Foods ini. Nampak unik, sedap dan gemuk-gemuk kejadiannya. Ala-ala mini hashbrown gitu.

Macam yang anda tahu, cucur adalah hidangan yang diperbuat daripada tepung gandum dan air bersama beberapa bahan tambahan lain yang memberi rasa-rasa yang berbeza setiap satunya.

Baca juga: Cucur Nasi Orang Cina, Sesuai Untuk Budak-Budak Yang Taknak Nasi

Menu cucur sentiasa menjadi pilihan kerana bukan sahaja kerana mudah dan cepat untuk disediakan malah ia juga mengenyangkan. Ikuti perkongsian resipi di bawah. 

RESIPI CUCUR KIUB KENTANG

Resipi ini saya cipta pada tahun 1991, semasa saya baru sahaja berkahwin. Ia telah menjadi kegemaran dalam keluarga, dan bentuk kiub kentang yang menonjol itu membuatnya menarik dan enak dimakan.

Saya pernah berkongsi resipi ini pada tahun 2017 dan 2018. Banyak orang telah mencubanya, bagi sesiapa yang belum mencubanya, apa lagi, moh ler cuba!

Bahan-bahan:

*boleh adjust tepung gogi untuk kentang melekat

Nota tambahan: Tepung Gogi ini adalah Tepung Tempura dari Thailand, boleh didapati di pasar raya. Jika tidak jumpa, boleh gunakan tepung tempura lain atau tepung beras atau jagung.

Cara-cara penyediaan:

1. Potong bentuk kiub untuk 6 biji kentang dan masukkan ke dalam bekas.

2. Masukkan segenggam ikan bilis, bawang besar, hirisan daun bawang, hirisan cili merah, dan garam secukup rasa.

3. Masukkan juga tepung gogi/tempura thai atau tepung beras, dan setengah cawan tepung gandum. Gaul rata bahan-bahan kering inu.

4. Kemudian, masukkan secawan air sejuk sedikit demi sedikit. Gaul hingga rata.

5. Bila sudah dapat tekstur yang diingini, boleh mula panaskan minyak dalam kuali.

6. Basah sedikit jari-jemari untuk ambil secubit dari bancuhan cucur tadi. Masukkan hingga penuh sekuali. Jika nak guna sudu, lebih mudah.

7. Apabila cucur sudah mula separuh masak, boleh perlahankan api dan goreng sehingga garing.

8. Angkat dan toskan. Ulang step ini sehingga bancuhan cucur habis.

9. Dah siap dan sedia untuk dihidang.

Video penuh:

@adikfoods

Adik’s Cucur Kiub Kentang. Resepi yang saya olah pada tahun 1991,baru kahwin time tu🤭 Ia menjadi kegemaran keluarga dan bentuk kiub kentang yang terjojol-jojol keluar tu yang buat ia menarik dan sedap dimakan. Pernah saya share resipi ni pada tahun 2017 dan 2018. Ramai dah cuba, sesiapa yang belum cuba.. ha! Apalagi moh le buat! . Tepung Gogi tu Tepung Tempura dari Thai, ada jual kat pasar raya. Kalau tak jumpa guna je tepung tempura lain atau tepung beras atau jagung pun boleh je. . 🔘Kredit lagu : Sudah Kahwin Ke Belum ( Saya dahhh😂) . 🅱️ Bahan- bahan 6 biji kentang US Russets (kentang lain pun boleh tapi lebihkan sikit) – dadukan 1 biji bawang besar – dadukan Segenggam ikan bili 1 cwn hirisan daun bawang 3 biji hirisan cili merah Garam secukup rasa ½ cwn Tepung Gogi atau Tepung Beras/ Jagung ½ cwn Tepung Gandum 1 cwn air sejuk peti ais ▪️boleh adjust tepung gogi untuk kentang melekat #adikfoods #adikfoodsrecipe #tiktokmy #tiktokmalaysia #potatoes #malaysia #tiktokindonesia #tiktoksingapore #tiktokbrunei #makanlokal #merdeka #merdeka2023 #fyp #foryou #foryourpage #cooking #recipe #enak #yummyfood

♬ original sound – AdikFoodS – AdikFoodS

Selamat mencuba dan selamat bersahur!

Baca juga: Cucur Udang Guna 3 Bahan Saja, Resipi Semudah ABC!

Sumber: TikTok Adik Foods

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

1 hour ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

1 hour ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

2 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

2 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago