Kalau cakap pasal cucur, tipulah jika anda tak gemar makan. Cucur dah jadi salah satu makanan ruji masyarakat Malaysia. Yang paling senang nak buat, cucur kembung.
Cucur kembung ini sekali tengok bahan-bahannya lebih kurang donut sahaja, jadi memang senang untuk dibuat.
Sesuai untuk makan pagi, petang dan malam! Nak lagi best, boleh cicah dengan sambal sardin memang ngam kata orang. Teringat zaman kecil-kecil dulu mak kita suka buat cucur macam ini kan?
Jom kita tengok resipi asli Zaimah Zakaria yang dikongsikan oleh Zulkifli Mat.
Baca juga: Sambal Tumis Sardine SIMPLE, Hanya Guna 5 Bahan Je
Bahan-Bahan:
Cara Membuatnya:
1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil mengacau menggunakan senduk atau tangan sehingga adunan mencapai kepekatan yang sesuai (tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat).
3. Adunan yang sesuai apabila diangkat tidak jatuh.
4. Perap adunan selama 1 jam sehingga kembang.
5. Setelah adunan kembang, panaskan minyak dalam kuali.
6. Ambil adunan dengan jemputan kecil-kecil dan masukkan ke dalam kuali.
7. Goreng dengan membalik-balikkan sehingga masak sekata dan keemasan.
8. Angkat dan toskan minyaknya.
Selamat mencuba!
Sumber: Zaimah Zakaria
Baca juga: Karipap Sardin Cara SIMPLE, Buat Bentuk Segi Tiga Macam Ini. Comel Sangat!
Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…
Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…
Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…
Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…
Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…
Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…