Categories: Hiburan

Cuba Minum Air Milo Buat Kali Pertama, Reaksi Wanita & Ibunya Dari Scotland Ini Raih Perhatian Netizen

Siapa sahaja yang tidak tahu air Milo yang sememangnya popular sejak dari dulu lagi dalam kalangan rakyat Malaysia bukan?

Rasa koko yang dicampurkan dengan susu, cukup bagus dibuat sebagai sarapan untuk memulakan haarian masing-masing.

Baru-baru ini, tular satu video di laman TikTok mengenai seorang gadis yang berasal dari Scotland memperkenalkan air Milo kepada ibunya yang menetap di Malaysia.

Artikel berkaitan: “Cairnya Oppa Cakap Melayu” – Ramai ‘Excited’ Park Seo Jun Jadi Duta Milo

Difahamkan, dia bersama ibunya popular dengan aktiviti menjelajah makanan dan minuman unik di negara kita ini dan memberikan pendapat mereka mengenai rasa dan persembahan makanan yang dijamah oleh mereka.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @alanadunsmore, ibunya itu pertama kali mencuba air Milo itu dalam hidupnya.

Bagi ibunya, rasa air Milo itu seperti rasa air coklat milkshake akan tetapi dengan kepekatan yang kurang berbanding milkshake.

Dan bagi ibunya, dia lebih menyukai air Milo kerana rasanya yang sebati berbanding dengan coklat milkshake yang terlaku pekat di negara mereka.

Dengan air Milo Ais di Malaysia inilah yang membuatkan dia lebih menggemari minuman coklat yang selama ini tidak digemarinya.

“Mak saya mencuba minum milo ais buat pertama kali. Katanya sedap dan memang padan dengan rasa tekaknya,” terang Alana yang merupakan perakam video tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat dia bersama ibunya serta memberikan pendapat masing-masing.

Malah ada netizen yang memberikan idea untuk mereka mencuba versi milo ais Malaysia, iaitu Milo Tabur ataupun Neslo.

Antara komen netizen:

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

1 day ago

Kek Pisang Karamel Yang Cantik Sempurna, Guna Resipi Ini Pasti Menjadi!

Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…

1 day ago

Strawberry Cheesecake, Resipi Tanpa Oven Ini Sangat Ringan & Tak Muak!

Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…

1 day ago

Boko Ubi Kayu Lembut Bergedik, Baru Sekali ‘Ngap’ Terus Rasa Nikmatnya

Sekali-sekala nak makan pencuci mulut yang sejuk untuk segarkan tekak, bolehlah cuba buat Boko Ubi…

1 day ago

Resipi Sup Kaki Ayam Tanpa Tumis, Ada ‘Petua’ Kalau Nak Lagi Sedap!

Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa…

1 day ago

Nasi Lemak Sedap Tanpa Santan, Lebih Berselera Makan Dengan Sambal Kosong

Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan,…

1 day ago