coto makassar

Cuba kelainan masa raya dengan Coto Makassar, sup daging kacang yang sedap dan unik. Berbeza dengan Soto, rasa kacangnya ringan tapi tetap menyelerakan. Sesuai dimakan dengan nasi impit, kicap, cili dan perahan limau.

Resipi ini mudah diikuti dan sesuai untuk sesiapa yang suka masakan daging serta ingin mencuba resipi baru untuk raya.

Baca juga: Resepi Sambal Balado Ala Indonesia, Padu Sangat Sampai Nasi Goreng Jadi Lebih Sedap!

RESIPI COTO MAKASSAR SUP DAGING

coto makassar

Bahan-bahan:

  • 5-6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 100g kacang tanah mentah
  • 3-4 biji cengkih
  • 1-2 bunga lawang
  • 1 inci kayu manis
  • 500g ayam atau daging (potong kecil)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa
  • Bawang goreng dan daun sup untuk hiasan
  • Cili tumbuk, kicap pekat dan limau untuk hidangan

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar bahan tumis:

Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar dengan sedikit air sehingga halus.

2. Tumis bahan kisar:

Tumis hingga kering dengan sedikit minyak. Angkat dan ketepikan.

3. Sediakan kacang tanah:

Goreng kacang tanah mentah sehingga separuh masak. Kemudian, kisar hingga halus.

4. Rebus ayam atau daging:

Masukkan ayam atau daging ke dalam periuk berisi air. Tambah garam, cengkih, bunga lawang dan kayu manis. Rebus hingga empuk.

  • Jika guna ayam, carik isi ayam. Simpan tulang dalam sup untuk rasa lebih sedap.
  • Jika guna daging, potong kecil.

5. Masukkan bahan tumis dan kacang:

Tambahkan bahan tumis dan kacang tanah ke dalam periuk sup. Tambah garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih sebentar supaya rasa sebati.

6. Hidangan:

Tabur bawang goreng dan daun sup. Sediakan lada pedas, kicap pekat dan limau. Perahkan limau ikut citarasa sendiri.

Tips Tambahan

  • Biarkan sup sebentar supaya rempah sebati.
  • Tambah cili kisar dalam sup jika suka pedas.
  • Sesuai untuk hidangan raya atau majlis keluarga.

Nikmati keunikan Coto Makassar bersama keluarga semasa raya atau majlis istimewa. Sup daging berperisa kacang yang lembut, dipadankan dengan nasi impit, kicap, cili dan limau, pasti buat setiap suapan lebih menyelerakan. Cuba resipi ini, dan rasai sendiri kelazatan autentik masakan Makassar di rumah!

Selamat mencuba!

Sumber: Sharifah SueSarah Syed Fadzil

Baca juga: Sup Soto Ala Indonesia Dengan Kuah Wangi, Rasa Lebih Mantap Dari Soto Melayu Biasa

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN