cinnamon rolls

Cinnamon Rolls @ Roti Gulung Kayu Manis Cara Mudah, Lembut Dan Gebu!

Jom buat dessert ini untuk juadah minum petang atau bila tetamu datang ke rumah. Memang nampak ‘kerlass kau jahh’ !

Paling senangnya, resipi ini tak perlu gunakan mixer pun, tinggal uli doh kemudian gulung dan bakar je dalam oven.

Baca juga: Roti Jala Jelita Sukatan Cawan Cara Mudah, Memang Lembut Sampai Ke Malam!

Lepas itu, boleh hidangkan semasa ia tengah panas panas. Memang ummph!

Kita ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Farisha Sofea ini dari laman Facebook. Memang gebu dan lembut!


RESIPI CINNAMON ROLLS @ ROTI GULUNG KAYU MANIS

bahan cinnamon rolls

Bahan Untuk Doh

Bahan A:

100g susu segar suam
50g gula halus
2 sk yis segera
1 biji telur

Bahan B:

300g tepung protein tinggi
1 sk garam halus
40g mentega / marjerin

Bahan Topping:

35g mentega / marjerin
25g gula perang
25g gula halus
1 – 2 sb serbuk kayu manis

Bahan Untuk Glaze 

( 1 )

1 cawan gula aising
2 – 3 sb susu segar
1/2 sk esen vanilla

( 2 )

1/2 cawan krim keju
1 sb mentega
1 1/2 cawan gula aising
1/4 cawan susu segar

Cara membuatnya:

1. Satukan ke semua bahan A dan kacau sebati. Biarkan sehingga yis mengembang.

2. Di dalam bekas lain, satukan pula Bahan B. Ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti.

3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh. Uli doh sehingga lembut dan elastik.

4. Bulatkan doh dan sapukan keliling doh dengan minyak. Tutupkan permukaan doh dengan plastik / kain lembap.

5. Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga doh mengembang dua kali ganda. Kemudian tumbuk tumbukkan doh tersebut.

6. Taburkan papan pencanai dengan sedikit tepung. Canaikan doh menjadi segi empat.

7. Sapukan serbuk kayu manis pada permukaan doh yang telah dicanai tadi sehingga rata dan gulungkan doh tersebut.

8. Potongkan doh kepada beberapa bahagian mengikut saiz yang diinginkan. Susunkan di dalam loyang pembakar yang telah dioles dengan sedikit mentega dan tutupkan permukaan loyang dengan kain.

9. Rehatkan doh selama 30 – 45 minit atau sehingga doh mengembang. Panaskan oven dan bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing. 

10. Sementara itu, sediakan pula bahan Glaze. Satukan ke semua bahan dan kacau sebati.

11. Setelah masak, letakkan Glaze di atas roti gulung tadi. Siap dan sedia dihidang!

cinnamon rolls


Selamat mencuba.

Baca juga: Roti Puding Kayangan, Guna 3 Bahan Je, Makan Dengan Sos Creamy Memang Sedap!

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN