Kali ini kita ingin mencuba resipi hidangan Chilli Butter Cream Clams ala Two Sons Bistro ini di rumah. Siapa pernah menjamu selera di Two Sons Bistro? Memang lazat!
Hidangan ini merupakan masakan barat yang menarik perhatian ramai. Melihat dari gambar dan namanya saja sudah membuat kita terliur.
Baca juga: Resipi Asam Laksa Ala D’Laksa, Sedap Hirup Kuah Masam Segar
Apabila melihat hidangan barat seperti ini, mungkin anda rasa harganya mahal. Lebih baik memasak sendiri. Boleh saja ikuti resipi ini. Bahan-bahan masakan yang diperlukan semuanya mudah didapati di pasaraya.
Resipi ini telah dikongsi oleh Cik Puan Nor Atika Nazirah. Dapat bayangkan rasa lemak berkrim kuah dari Chilli Butter Cream Clams lepas itu cicah pula bersama roti mantou memang rasa puas hati sangat!
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Pertama sekali, tumiskan butter bersama daun kari dan bawang putih.
2. Bila bawang dah perang boleh masukkan cooking cream.
3. Bila dah mendidih tu, boleh masukkan kiub pati ayam, parsley, blackpapper, paprika & chilli flakes.
4. Gaul-gaul bagi sebati, kemudian masukkan clams. Untuk kuah ni kalau boleh kena rasa pedas-pedas sikit. Baru sedap!
5. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Bila kuah dah masak. Boleh lah makan bersama roti mantou.
Selamat mencuba.
Sumber: Nor Atika Nazirah
Baca juga: Resipi Bancuhan Kopi Cham (Kopi + Teh) Ala-Ala Kopitiam Style
Roti canai merupakan sajian tradisional yang digemari ramai, terutama untuk sarapan atau minum petang. Dihidangkan…
Nak pikat selera keluarga untuk menyukai hidangan air tangan sendiri bukanlah mudah, tapi tak mustahil…
Semua orang ada peti ais di rumah, tapi ramai yang masih tak tahu cara untuk…
Mungkin ramai yang tidak begitu suka makan peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat sedap…
Kek coklat karamel adalah hidangan istimewa yang menggabungkan tekstur lembut lapisan puding karamel dengan kek…
Karipap spera adalah sajian tradisional yang hanya boleh dijumpai di kawasan utara seperti Kedah dan…