chicken tenders sedap

Nak buat chicken tenders sedap yang rangup di luar tetapi lembut di dalam? Tak semestinya perlu salut ayam dengan tepung Bestari sepenuhnya. Kali ini, tepung Bestari digunakan untuk memerap ayam sebelum disalut dengan bread crumb.

Cara ini dikongsikan oleh Nurul Nadhirah Zulkifli di Facebook. Menurut beliau, percubaan menggunakan bread crumb menghasilkan ayam yang sedap dan rangup, malah katanya boleh dibuat lagi selepas ini.

Baca juga: Resepi Sotong Masak Tumis, Ini Petua Elak Sotong Kecut Walaupun Dimasak Dengan Kangkung!

RESIPI CHICKEN TENDERS SEDAP

chicken tenders sedap

Menariknya, resipi ini menggunakan bahan yang cukup mudah dan tidak memerlukan banyak langkah. Ayam fillet diperap dengan adunan tepung Bestari sebelum disalut dengan bread crumb dan digoreng sehingga keemasan.

Bahan-bahan:

Untuk ayam:

  • Ayam bahagian fillet
  • Tepung Bestari
  • Air secukupnya
  • Bread crumb secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Untuk sos Korea:

  • Sos Korea
  • Bawang putih, dicincang
  • Sedikit air
  • Gula
  • Sedikit minyak

Untuk sos putih:

Cara-cara Penyediaan:

1. Bersihkan ayam fillet dan ketepikan.

2. Bancuh tepung Bestari dengan air sehingga menjadi adunan yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

3. Masukkan ayam ke dalam adunan tepung tersebut. Gaul sehingga semua bahagian ayam bersalut.

4. Perapkan ayam sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih lama jika mahu rasa yang lebih sebati.

5. Selepas diperap, masukkan bread crumb ke dalam pinggan.

6. Ambil ayam satu persatu dan salutkan dengan bread crumb sehingga menutupi seluruh permukaannya.

7. Penyet atau leperkan sedikit isi ayam supaya menjadi lebih nipis.

8. Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam menggunakan api sederhana sehingga masak dan berwarna keemasan.

9. Angkat ayam dan ketepikan.

Cara Buat Sos Korea:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.

2. Tumiskan bawang putih yang telah dicincang sehingga naik bau.

3. Masukkan sos Korea Adabi, sedikit air dan gula.

4. Kacau sehingga sos menjadi sedikit pekat.

5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

6. Kecilkan api dan gaul perlahan-lahan sehingga semua ayam bersalut rata dengan sos.

7. Angkat dan hidangkan.

Cara Buat Sos Putih:

1. Campurkan yogurt plain dan mayonis dalam kuantiti yang sama.

2. Masukkan sedikit cuka makan, bawang putih cincang, gula dan garam.

3. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.

4. Sos putih siap untuk dijadikan pencicah.

Tips Buat Chicken Tenders Lebih Rangup:

  • Pastikan adunan tepung Bestari tidak terlalu cair supaya ia mudah melekat pada ayam.
  • Perapkan ayam sekurang-kurangnya 30 minit sebelum disalut bread crumb.
  • Salut bread crumb secara menyeluruh supaya permukaan ayam menjadi lebih rangup selepas digoreng.
  • Leperkan sedikit isi ayam supaya lebih cepat masak dan sekata.
  • Gunakan minyak yang banyak ketika menggoreng.
  • Goreng menggunakan api sederhana supaya bahagian luar tidak cepat hangus sebelum ayam masak.
  • Jika tidak suka pedas, ayam tidak perlu disalut dengan sos Korea. Goreng sahaja dan nikmati bersama sos putih.
  • Untuk sos putih yang lebih seimbang, gunakan yogurt dan mayonis dalam kuantiti yang sama seperti yang dikongsikan.

Dengan cara ini, ayam yang biasa-biasa boleh bertukar menjadi kudapan yang nampak lebih istimewa. Salutan bread crumb memberikan tekstur rangup, manakala sos Korea memberikan rasa pedas manis yang lebih menyelerakan.

Kalau tak tahan pedas, cicah sahaja ayam rangup ini dengan sos putih homemade. Bahan mudah, cara pun senang dan paling penting boleh dibuat sendiri di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Nadhirah Zulkifli

Baca juga: Resepi Tteokbokki Simple, Tak Perlu Beli Rice Cake Siap, Buat Sendiri Lagi Puas Makan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN