Chewy Chocolate Chip Cookies Untuk Kudapan Raya, Sedap Sangat Hasilnya! Jom buat untuk kudapan raya ini. Anak-anak mesti suka nak makan.
Pasti seronok anak-anak dapat kudapan manis seperti biskut ini. Anak-anak gembira, ibu ayah turut gembira. Cookies sejenis makanan ringan yang boleh dipelbagaikan rasanya seperti berperisa coklat, red velvet dan macam-macam lagi.
Baca juga: Biskut Kacang Mazola Yang Rangup Dan Sedap, Biskut ‘Lejen’ Kesukaan Ramai!
Antara cookies yang terkenal dan disukai ramai iaiah cookies jenama Famous Amos. Harganya juga agak mahal. Tak dapat nak beli selalu. Lebih berbaloi kalau kita mencuba pelbagai resepi cookies yang ada dan buat secara homemade.
Jom ikuti resipi Biskut Chewy Chocolate Chip dari perkongsian Cik Puan Keroroyz Royz di laman Facebook ini. Yang mana rasa biskut ini tidak kurang sedap dan mewahnya seakan cookies jenama Famous Amos.
RESIPI BISKUT CHEWY CHOCOLATE CHIP
Jumlah cookies yang dapat: 28 cookies
Bahan-bahan:
- 1/2 cup butter (125g) suhu bilik
- 3/4 cup gula perang
- 1 biji telur
- 1 tsp esen vanila
- 1/2 tsp garam
- 1 1/2 cup tepung gandum (ayak)
- 1/2 tsp baking soda (ayak)
- 1 1/2 cup semi sweet choc chips
Cara-cara membuatnya:
1. Ayak tepung bersama baking soda dan ketepikan.
2. Guna senduk kayu pukul butter bersama gula perang sekadar sebati. Masukkn telur, vanila, garam & kacau lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan baking soda, chocolate chips dan kaup balik hingga tidak melekat di mangkuk pengadun. Sejukkan selama 30 minit di dalam peti sejuk.
4. Panaskan oven 170C, bentukkan adunan sebesar 2 tsp menjadi drop cookies. Jarakkan adunan sebab doh akan mengembang. Bakar dengann api bawah sahaja selama 12-15min atau ikut oven memasing.
5. Sejukkan biskut dan boleh simpan di dalam balang. Siap!
Siap untuk dihidang! Saiz cookies terpulang pada anda. Lebih sesuai saiz sebelum dimasak adalah sebesar guli. Sebab cookies akan mengembang semasa dibakar. Untuk dijadikan kudapan anak-anak saiz ini sudah memadai.
Selamat mencuba!
Baca juga: Biskut Sampan Kuih Raya ‘Lejen’, Wanita Ini Kongsi Resipi Orang Lama Di Sini