kepak ayam

Jika anda mencari menu ringkas untuk makan tengah hari atau malam, apa kata cuba resipi kepak ayam panggang yang sedap dan mudah disediakan ini.

Kepak ayam ini dipanggang dengan sos salutan manis dan pedas yang pasti menggoda selera. Cara memasaknya pun mudah, cuma perlu bakar menggunakan oven.

Makan ratah pun dah cukup sedap, tak ada nasi pun tak apa! Sedapnya pasti boleh buat makan sampai berketul-ketul, memang sangat sedap dan ‘juicy’!

Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Berempah Berserdak Rangup, Sedap Meratah!

RESEPI KEPAK AYAM PANGGANG

kepak ayam

Bahan-bahan A:

  • 1kg kepak ayam (dicuci bersih, dikerat dan ditos hingga kering)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil McCormick chicken seasoning
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam (kasar)
  • 3 sudu besar olive oil

Bahan-bahan B: (Salutan)

  • 1 sudu besar butter
  • 1 inci halia (kisar halus)
  • 3 ulas bawang putih (kisar halus)
  • 60 ml madu
  • 60 ml air (masak)
  • 2 sudu besar kicap

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan A dalam bekas dan gaul hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam plastik atau bekas bertutup yang sesuai dan perap ayam selama 1-2 jam dalam peti sejuk.
  2. Sementara itu, sediakan bahan-bahan salutan (glaze). Dalam periuk kecil, satukan semua bahan dan masak hingga sos menjadi agak pekat (anggaran 60ml sos glaze yang telah dimasak). Tutup api dan biarkan hingga sejuk.
  3. Setelah sos salutan sejuk dan ayam telah cukup masa perapan, keluarkan ayam dari peti sejuk. Panaskan oven pada suhu 200°C, kemudian satukan ayam dengan sos salutan.
  4. Sediakan tray yang sesuai dan lapik dengan kertas pembakar. Susun ayam di atas tray tersebut.
  5. Bakar ayam selama 50-55 minit. Pada 20 minit terakhir, turunkan suhu oven kepada 185°C dan teruskan membakar sehingga ayam masak sepenuhnya.

Sumber: Adnil Sam

Baca juga: Resipi Sambal Ayam Sedap Menjilat Jari, Warna Pun Cantik & Merah Elok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN