cendawan enoki goreng

Petang-petang memang sedap kalau dapat makan cendawan enoki goreng rangup. Memang ‘layan’ sangat sampai tak sedar dah habis licin sepinggan.

Cara penyediaannya juga cukup ringkas. Yang paling penting, jika anda ikuti resipi ini, cendawan akan menjadi rangup elok dan tidak berminyak.

Oleh itu, mari kita sama-sama ikuti perkongsian yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sesawang Facebook bernama Encik Roslan Rusly di bawah.

Baca juga: Tips Pilih Cendawan Enoki ‘Fresh’, Elak Beli Yang Ada Ciri-Ciri Ini

RESIPI CENDAWAN ENOKI GORENG RANGUP

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Tepung bestari
  • Cendawan enoki
  • Air

Cara penyediaannya:

1. Buat larutan bancuhan tepung bestari. Cair pun tak apa.

2. Bersihkan cendawan dan rendam di dalam bancuhan tadi selama 10 minit.

3. Sediakan pula tepung kering untuk proses membedakkan cendawan.

4. Letakkan cendawan yang direndam tadi ke dalam tepung kering dan ratakan ke seluruh cendawan.

5. Angkat cendawan yang dah dibedakkan dan goyang sikit untuk biarkan lebihan tepung jatuh.

6. Goreng selana 5 minit dengan minyak yang panas dan balik-balikkan.

7. Bila dah keperangan, boleh angkat dan toskan.

8. Sedia untuk menjamu selera, selamat mencuba!

cendawan enoki goreng

Kredit resipi dan gambar: Roslan Rusly

Baca juga: Resipi Sup Cendawan Sihat Tanpa Gula & MSG, Kenyang Pulak Tu!

Baca juga: Cara Cuci Cendawan Sisir Yang Betul, Baru Tak Rasa Hapak Kayu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN