Anda pernah rasa cendawan busut goreng kunyit? Cendawan busut adalah salah satu jenis cendawan yang paling popular di kalangan masyarakat Malaysia.
Ia tidak hanya sedap tetapi juga kaya dengan nutrisi. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi resipi cendawan busut goreng kunyit yang sedap dan kenyal seperti sotong tetapi dengan rasa manis cendawan yang unik.
Untuk anda yang pertama kali mencuba, wajib ikut petua yang disediakan di bawah supaya juadah ini menjadi dengan jayanya! Antaranya, anda perlu rendam dalam air garam selama 10 minit untuk mengeluarkan ular dan kumbang pada cendawan.
Jom tengok resipi penuh perkongsian oleh Cik Puan Nur Masri di bawah ini dan cuba sendiri di rumah. Silap hari bulan, boleh jadi menu kegemaran satu keluarga.
Baca lagi: Kuih Apam Puri Inti Kastard, Setiap Gigitan Rasa Lembut Berkrim Yang Puas!
RESIPI CENDAWAN BUSUT GORENG KUNYIT
Bahan-Bahan
- Bawang merah dihiris
- Bawang putih dihiris
- Serbuk Lada putih ajishio
- Garam
- Cukup rasa
- Serbuk kunyit
- Minyak
- Cendawan busut
Cara-Cara
1. Tumis bahan hiris hingga layu dan naik bau.
2. Masukkan cendawan, kacau sebati.
3. Masukkan serbuk kunyit, garam, serbuk lada sulah dan cukup rasa. Masak lagi hingga cendawan layu.
4. Masak hingga airnya kering. Tutup api.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Petua
- Selepas buang kulit yang kotor, bersih cendawan.
- Kemudian, basuh bersih dan toskan sebelum memulakan memasak.
- Dengan petua ini, cendawan busut akan menjadi lebih sedap dan kenyal.
Selamat mencuba resipi yang terlajak mudah ini!
Sumber: Nur Masri
Baca lagi: Resipi Kerepek Gunting Versi Tak Pedas & Tak Keras, Senang Kunyah!