Lain kualiti beras yang digunakan, sudah tentunya cara sukat air ketika memasaknya juga akan berbeza. Menyukat air dengan menggunakan jari adalah kaedah tradisional yang masih digunakan oleh sesetengah orang untuk memasak nasi, pulut, dan bubur nasi.
Bagaimanapun, ini mungkin memerlukan sedikit latihan untuk mendapatkan kepekaan yang betul.
Baca juga: Adab Mencuci Beras Dalam Ajaran Islam, Selitkan Doa Ini Sekali
Ada sesetengah mak-mak lebih suka guna sukatan nisbah. Contohnya masak nasi dengan jumlah pot dan sukatan air pun ikut pot yang bersesuaian. Tak kisahlah macam mana sekali pun, asalkan ia masak dan tidak mentah.
Bagi Nor Baya Dahalan pula, beliau lebih ‘terror’ masak nasi, bubur dan pulut dengan sukat air menggunakan jari saja. Inilah yang paling senang dan mudah.
Malah, beliua turut kongsikan nasi yang dimasak memang cantik berkilat ‘kejadian’nya. Ikuti perkongsian petua penuh di bawah.
Hari ini saya nak kongsikan cara saya menyukat air menggunakan jari untuk memasak nasi, bubur dan pulut. Semuannya saya masak hanya menggunakan periuk nasi.
Anda suka sukat air guna cawan atau cara dulu-dulu macam saya?
1. Sukatan Pulut
2. Sukatan Nasi
3. Sukatan Bubur Nasi
Ingatlah bahawa ini adalah kaedah yang mengharapkan kepekaan tangan dan pengalaman dalam memasak. Jumlah air yang sesuai untuk masakan tertentu juga bergantung kepada jenis beras atau pulut yang digunakan.
Jadi, sebaiknya teruskan untuk mencuba dan sesuaikan mengikut citarasa dan keperluan anda. Semoga bermanfaat.
Sumber: Nor Baya Dahalan
Baca juga: Rahsia Air Beras Yang Ramai Tak Tahu, Orang Dedulu Selalu Guna
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…