cara sukat air beras

Cara sukat air beras yang betul sebenarnya sangat penting kalau nak dapat nasi yang cantik berderai, tak lembik dan tak mentah. Ramai tak sedar, masalah nasi jadi lembik atau tak masak selalunya bukan sebab beras, tapi cara kita kira air yang salah.

Sama ada masak nasi lemak, nasi tomato, nasi minyak atau nasi beriani, teknik sukatan air memang main peranan besar. Walaupun nampak remeh, silap kira boleh terus ubah tekstur nasi jadi tak menjadi.

Biasanya kita selalu ikut resipi secara membuta tuli, contohnya 1 cup beras = 2 cup air, kemudian terus gandakan untuk jumlah lebih banyak. Tapi sebenarnya, cara ini boleh jadi punca utama nasi terlebih air dan lembik.

Baca juga: Patutlah Suka Buat ‘Port’ Dekat Situ! Rupanya Ini Punca & Cara Halau Semut Dalam Soket Elektrik

Kesilapan Dalam Sukat Air Beras

Ramai orang guna kiraan mudah seperti ini:

  • 1 cawan beras = 2 cawan air
  • 2 cawan beras = 4 cawan air
  • 6 cawan beras = 12 cawan air

Nampak logik, tapi inilah kesilapan paling biasa dalam cara sukat air beras. Bila air terlalu banyak, nasi akan jadi lembik, melekat dan hilang tekstur berderai yang kita nak.

Ramai yang selalu buat silap ini. Ikut arahan pada pek rempah beriani yang tulis 1 cup beras = 2 cup air. Bila masak 6 cup beras, terus masukkan 12 cup air. Hasilnya, beras basmathi yang sepatutnya cantik berderai terus jadi lembik dan kurang menarik.

Cara Sukat Air Beras Yang Betul

cara sukat air beras

Sebenarnya ada cara lebih mudah dan selamat yang ramai guna sejak dulu:

  • Guna sukatan asas: air = beras
  • Kemudian tambah sedikit air sebagai tambahan sahaja

Contoh mudah cara sukat air beras:

  • 1 cawan beras= 1 cawan air + 1 cawan tambahan (total 2 cawan)
  • 2 cawan beras= 2 cawan air + 1 cawan tambahan (total 3 cawan)
  • 6 cawan beras= 6 cawan air + 1 cawan tambahan (total 7 cawan)

Bukan gandakan air terus sampai 2 kali beras. Itu yang selalu buat nasi jadi terlebih lembik.

Bila Perlu Tambah Air Lebih?

Untuk nasi yang guna santan, minyak, butter atau marjerin, biasanya perlu sedikit tambahan air lagi. Ini kerana lemak boleh kurangkan penyerapan air oleh beras.

Tapi tambahan air ini tetap kena buat secara sederhana. Jangan terlalu banyak, cukup sekadar untuk bantu nasi masak elok dan tak keras.

Sumber: Resepi Eny Abdullah

Baca juga: 3 Petua Mudah Nak Buat Semut ‘Serik’ Naik Atas Meja, Makan Pun Jadi Lebih Selesa Tanpa Gangguan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN