Timun antara sayur yang paling cepat lembik walaupun baru disimpan dalam peti sejuk. Sebenarnya, ada cara simpan timun yang betul supaya tahan lama dan kekal segar seperti baru dibeli.
Timun mengandungi kandungan air yang sangat tinggi. Bila ada kelembapan berlebihan, ia mudah jadi lembik, berair dan cepat busuk walaupun disimpan dalam peti sejuk
Dalam satu perkongsian ringkas oleh Sinaran Wanita di YouTube, ada satu cara simpan timun yang boleh buat ia tahan lebih lama dan kekal segar. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Cara Simpan Kunyit Hidup Supaya Tahan Lama, Sebulan Pun Masih Segar!
1. Basuh timun hingga betul-betul bersih.
Basuh timun di bawah air mengalir untuk buang kotoran, pasir dan sisa racun yang melekat pada kulit. Langkah ini penting supaya timun tidak cepat rosak semasa disimpan.
2. Keringkan timun sepenuhnya.
Gunakan tisu dapur atau kain bersih untuk mengeringkan timun. Pastikan tiada air yang tertinggal kerana air berlebihan boleh menyebabkan timun cepat lembik dan berair.
3. Balut setiap timun dengan tisu kering.
Balut satu persatu timun menggunakan tisu kering. Tisu ini berfungsi menyerap kelembapan berlebihan dan membantu timun kekal segar lebih lama.
4. Masukkan ke dalam bekas bertutup atau plastik zip.
Simpan timun yang telah dibalut ke dalam bekas bertutup atau plastik zip. Pastikan ia tidak terlalu ketat supaya pengudaraan masih ada.
5. Simpan di bahagian sayur dalam peti sejuk.
Letakkan timun di bahagian sayur (chiller), bukan di tempat paling sejuk. Suhu terlalu sejuk boleh menyebabkan tekstur timun cepat rosak.
Tip tambahan:
Jangan simpan timun bersama buah yang cepat keluarkan gas etilena seperti epal atau pisang kerana gas ini boleh mempercepatkan proses timun menjadi lembik.
Dengan mengamalkan cara simpan timun yang betul, timun boleh tahan lebih lama dan kekal segar. Malah, teksturnya kekal rangup apabila dimakan serta sesuai digunakan untuk pelbagai jenis masakan.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Facebook Muhaimin Razak
Sumber: Sinaran Wanita
Baca juga: Cara Simpan Daun Sup & Daun Ketumbar Agar Tahan Lama, Kekal Segar Macam Baru Beli!
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…
Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…
Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…