Tidak ramai yang ambil cakna berkenaan cara simpan telur supaya tahan lebih lama dan tidak cepat rosak.
Simpan di dalam peti sejuk atau di luar peti sejuk? Isu ini masih menjadi perdebatan hangat dalam kalangan rakyat malaysia sehingga sekarang.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian oleh MyResipi yang bersumberkan Public Health Malaysia di bawah.
Untuk pengetahuan anda, kuning telur mempunyai bakteria yang dikenali dengan nama Salmonella.
Jika menyimpan telur di dalam peti ais oada suhu 4°C, bakteria ini dapat dibunuh. Telur juga akan tahan lama untuk tempoh sehingga 4 hingga 5 minggu.
Perkara ini yang paling ramai buat, simpan telur di bahagian pintu peti ais.
Sebenarnya cara ini salah kerana pada suhu pada pintu paling dekat dengan suhu luar. Pintu ais sering dibuka dan ditutup akan menyebabkan suhu berubah-ubah dan tidak stabil, sekaligus memendekkan jangka hayat telur.
Selain dari 2 cara di atas, cara yang ketiga ini juga dijamin berkesan untuk memastikan telur supaya tidak cepat rosak. Caranya adalah dengan menggunakan bekas asal telur.
Bekas tersebut bukan sahaja boleh melindungi telur dari pecah, malah boleh mencegah telur dari menyerap bau dan rasa bahan yang yang ada dalam peti ais.
Kita juga masih boleh melihat tarikh luput yang terpapat di bekas tersebut. Cara ini juga akan memastikan telur kuning sentiasa berada di tengah.
Sumber: Public Health Malaysia
Baca juga: Cara Goreng Telur Mata Kerbau Yang Cantik Elok, Kena Ikut 3 Tips Ini
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…