PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2019-04-19 08:08:04
Buat anda yang berkerjaya, pastinya masa agak terhad dan susah untuk anda ke pasar membeli barang basah secara harian. Hujung minggulah masa paling sesuai untuk anda ke pasar. Dan pastinya anda akan beli barang basah dengan kuantiti yang banyak. Kadang risau pula jika barang basah tidak tahan lama dan kurang segar. Jadi, kami akan kongsikan cara supaya barang basah seperti ikan, udang dan ayam tetap kekal segar setelah seminggu.
KEKALKAN KESEGARAN IKAN
1. Jangan terus simpan ikan di dalam peti sejuk tanpa mencuci dan buang kotoran ikan. Ini akan memudahkan kerja jika anda terus mencuci ikan sebelum menyimpannya dalam peti sejuk.
2. Cuci ikan dan buangkan segala kotoran & isi perut ikan.
3. Buang air yang ada setelah anda basuh ikan.
4. Masukkan ikan ke dalam beg plastik, ikat ketat dan simpan dalam peti sejuk.
5. Anda juga boleh letakkan ikan di dalam bekas kedap udara seperti Tupperware untuk kekalkan kesegaran ikan.
6. Anda juga boleh balut ikan anda dengan plastic wrap dan simpan dalam peti sejuk.
7. Ikan anda akan kekal segar dalam masa beberapa hari.
*Boleh juga balut ikan dengan surat khabar lama dan simpan dalam peti sejuk.
*Cara ini juga boleh digunakan untuk sotong dan udang.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…