Categories: Tips & Petua

Cara Simpan Durian Dalam Peti Sejuk, Dah Setahun Pun Sedapnya Tak Hilang

Musim durian yang sedang hangat pasti membuatkan peminat tegar tak senang duduk. Jika anda nak menikmati durian tanpa perlu menunggu musimnya, cubalah cara simpan durian ini.

Seperti perkongsian oleh Nor Afidah di Facebook, walaupun tiada dusun sendiri, tetap dapat nikmati durian sepanjang tahun. Dengan cara ini, durian mudah dimakan pada bila-bila masa.

Baca juga: 5 Port Makan Durian Paling Best Di KL & Selangor, Sedap, Segar & Harga Berbaloi!

CARA SIMPAN DURIAN TAHAN LAMA

1. Pilih isi durian yang segar dan masak elok.

Pilih buah durian yang betul-betul masak dan elok isinya, iaitu tak lembik sangat, tak terlalu keras dan tiada tanda-tanda busuk. Ini penting sebab kualiti isi menentukan ketahanan dan rasa selepas disejukbekukan.

2. Keluarkan isi dan susun dalam bekas kedap udara.

Kupas durian dan keluarkan isinya. Gunakan bekas jenis tupperware atau plastik makanan yang bertutup rapat. Pastikan bekas bersih dan kering.

*Tips: Jika ada banyak, lapiskan plastik atau cling wrap antara lapisan isi supaya tak melekat sesama sendiri.

3. Labelkan bekas mengikut kegunaan.

Cara paling bijak adalah dengan melabelkan setiap bekas seperti serawa durian, bubur kacang campur durian, kuih lepat durian atau makan terus. Dengan cara ini, tak perlulah nak buka semua bekas apabila tiba-tiba teringin nak masak.

4. Simpan dalam ruang sejuk beku (freezer)

Simpan bekas berisi isi durian dalam bahagian freezer, bukan sekadar chiller. Beku betul-betul supaya tahan lebih lama. Jika disimpan dengan baik, isi durian boleh tahan sampai 6 hingga 12 bulan tanpa hilang rasa.

Dengan cara simpan durian yang betul, isinya boleh tahan dalam peti sejuk sampai setahun. Nak buat serawa pun senang, bubur kacang pun boleh dan kuih-muih pun menjadi.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nor Afidah

Baca juga: Bau Durian Melekat Dalam Kereta, 3 Petua Ini Boleh Selamatkan Hidung Anda!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

3 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

3 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

4 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

4 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago