port makan durian kl

Musim durian datang lagi, semestinya para pencinta raja buah rasa seronok. Jika duduk di Lembah Klang, boleh singgah beberapa port makan durian KL dan Selangor yang sedap belaka ini.

Port makan durian KL dan Selangor ini bukan saja menyajikan durian rasa manis berlemak dan isi kuning tebal, malah harganya pun berpatutan. Jom kita tengok senarainya!

Baca juga: 10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Popular, No. 5 Tu Ramai Yang Suka!

5 PORT MAKAN DURIAN KL DAN SELANGOR YANG SEDAP

1. Rizky Durian, Kota Damansara

port makan durian kl

Kredit gambar: Facebook Rizky Durian

Jika anda berada di sekitar Kota Damansara, Rizky Durian memang port wajib singgah. Selain harga berpatutan, durian segar seperti D13, Musang King dan Udang Merah pun ada.

Tempat ini selesa untuk datang bersama keluarga, staf pun ramah dan sedia bantu pilih ikut bajet anda.

  • Alamat: PJU 5, Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu operasi: 12 tengah hari – 12 tengah malam

2. SS2 Durian House Stall, Petaling Jaya

port makan durian kl

Kredit gambar: Facebook SS2 Durian House Stall 鸿运榴梿之家

SS2 memang terkenal sebagai syurga durian. Antara yang popular ialah SS2 Durian House Stall, siap ada bufet D24 dan XO untuk makan puas hanya RM50.

Nak beli durian ikut kilo pun, harga bermula dari RM12 saja ikut jenis dan gred. Senang cerita, memang berbaloilah datang sini.

  • Alamat: PT1967, Jalan SS 2/61, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu operasi: 12 tengah hari – 12 tengah malam

3. 318 Durian Stalls, Taman Gembira

port makan durian kl

Kredit gambar: Facebook 318 Durian Stalls

Nak Musang King sedap tapi harga berpatutan, boleh datang ke 318 Durian Stalls di Jalan Gembira ini.

Bukan setakat durian lemak manis, malah boleh pilih ikut gred dan bajet. Paling best jika datang malam, suasana meriah sambil makan durian segar.

  • Alamat: Jalan Gembira, Taman Gembira, 58200 Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 11 pagi – 11.45 malam

4. CKS Durian, Cheras

Kredit gambar: Facebook CKS Durian 榴莲站

Orang Cheras wajib cuba CKS Durian kerana di sini durian sudah siap kopek, boleh terus makan atau bawa balik dengan mudah.

Antara pilihan durian popular di sini ialah Black Gold, Tekka dan Musang King. Segar dan staf pun mesra, siap tolong pilih ikut selera.

  • Alamat: 20, Jalan Indah 1/6, Taman Indah, 43200 Cheras, Selangor
  • Waktu operasi: 1 petang – 10.30 malam

5. Chen Brothers Durian & Fruit, Kepong Baru

Kredit gambar: Facebook 曾兄弟榴莲生果 Chen Brothers Durian Trading

Chen Brothers Durian di Kepong Baru boleh dikatakan antara tempat makan durian yang legend. Mudah saja nak ke sana, naik KTM dan jalan kaki 15 minit.

Pilihan durian juga cukup banyak di sini, dari durian kampung sampai Black Thorn. Boleh makan terus atau bungkus bawa balik.

  • Alamat: Jalan Mergastua, Kepong Baru, 52100 Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 12.30 tengah hari – 10 malam

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Facebook Rizky Durian

Sumber: SAYS

Baca juga: 10 Kedai Makan Nasi Campur Di Melaka, Dah Rasa Terus Tak Ingat Nak Balik

 

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN