cara menghilangkan bau durian

Durian terkenal sebagai raja buah cukup popular dengan baunya yang kuat. Setelah bawa durian pulang naik kereta, bolehlah guna cara menghilangkan bau durian dalam kereta ini.

Bau durian yang melekat dalam kereta bukan saja mengganggu, malah boleh buat ramai pening dan rasa loya. Walaupun sudah sembur pewangi, bau durian tetap sukar hilang.

Ada beberapa cara menghilangkan bau durian dalam kereta bersama petua yang anda boleh cuba sendiri di rumah menggunakan barang yang ada di dapur. Jom kita tengok!

Baca juga: Cara Bersihkan Udang Supaya Kekal Segar & Tak Lembik, Bau Hanyir Pun Terus Hilang!

CARA MENGHILANGKAN BAU DURIAN DALAM KERETA

1. Tangkai durian.

cara menghilangkan bau durian

Kredit gambar: Facebook Hera Nanda

Setelah makan durian, jangan terus buang semua bahagiannya. Tangkai durian sebenarnya boleh digunakan untuk menyerap bau yang kuat itu.

Cara-caranya:

  1. Ambil 2 hingga 3 tangkai durian.
  2. Belah sedikit hujungnya untuk keluarkan aroma dalamannya.
  3. Kemudian selitkan pada lubang penghawa dingin kereta.
  4. Biarkan beberapa hari, bau durian makin pudar dan akhirnya hilang.

2. Serbuk kopi.

cara menghilangkan bau durian

Kredit gambar: freepik dari Freepik

Siapa sangka, serbuk kopi juga boleh jadi penyelamat? Selain aromanya yang menenangkan, kopi juga berfungsi sebagai penyerap bau semulajadi.

Cara-caranya:

  1. Ambil sedikit serbuk kopi.
  2. Balut dalam kain kasa atau sapu tangan, kemudian letakkan dalam kereta semalaman.
  3. Jika ada uncang kopi instant, boleh juga gantungkan satu atau dua uncang di bahagian dalam kereta.

3. Roti putih.

Kredit gambar: Facebook Shafiie Ahdor

Ramai tak tahu, roti putih seperti Gardenia sebenarnya berfungsi menyerap bau dalam ruang tertutup. Petua ini kedengaran pelik, tapi siapa sangka hasilnya sangat efektif.

Cara-caranya:

  1. Ambil beberapa keping roti putih.
  2. Koyakkan kepada beberapa bahagian kecil.
  3. Letakkan di beberapa sudut dalam kereta seperti bawah kerusi, atas dashboard atau di bahagian bonet.
  4. Biarkan semalaman dan esoknya bau durian pasti akan berkurang dengan ketara.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Facebook Ume Abdullah, Facebook Shafiie Ahdor

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Tips Simpan Cili Dalam Botol Yang Tak Ramai Tahu, 8 Bulan Pun Masih Segar Lagi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN