Categories: Tips & Petua

Cara Simpan Daun Palas Supaya Tahan Lama, Tetap Segar Walau Berbulan!

Apabila Hari Raya menjelang tiba, ramai yang mencari daun palas untuk buat ketupat. Bagi memastikan ia tetap segar dan tahan lama, anda perlu tahu cara simpan daun palas dengan betul.

Memang tak lengkap hidangan pada Hari Raya tanpa ketupat di sisi. Oleh sebab itu, daun palas sering laku keras kerana ia merupakan bahan penting untuk membuat ketupat.

Dengan penyimpanan yang betul, daun palas akan kekal elastik dan mudah digunakan ketika diperlukan. Selain itu, hasil ketupat pada Hari Raya akan jadi lebih sempurna.

Sempena Hari Raya yang bakal tiba, kami nak kongsikan cara simpan daun palas supaya tahan lama dan segar walaupun berbulan-bulan. Jom kita tengok caranya.

Baca juga: Cara Simpan Kentang Dan Bawang Yang Tak Ramai Tahu, Tak Boleh Duduk Dekat-Dekat!

CARA SIMPAN DAUN PALAS SUPAYA TAHAN LAMA

1. Mula-mula, cuci daun palas dengan bersih dan buangkan segala kotoran yang ada

Cara cuci daun palas:

  1. Ketuk-ketuk daun palas untuk keluarkan habuknya
  2. Pakai tuala lembab dan lapkan.
  3. Nak cuci dengan air pun boleh, tapi kena sidai atau sangkut supaya daunnya kering.

2. Selepas itu, potong elok-elok batang yang keras pada daun palas itu dan pastikan untuk berhati-hati supaya tak terkoyak.

3. Kemudian, ambil surat khabar atau plastik dan bungkuskan daun palas tersebut.

4. Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku. Siap!

Kredit gambar: Facebook Nurul Natashaa

Jika daun palas hanya sedikit, boleh letakkan di luar pada suhu bilik. Buat yang berniaga dan mungkin perlu menyimpan daun palas yang banyak, seeloknya simpan dalam peti sejuk.

Walaupun kadangkala ada juga daun palas bertukar warna daripada hijau kepada coklat, namun rasa asli ketupatnya tetap tak berubah sama sekali.

Cara simpan daun palas ini sangat berguna buat anda yang nak buat persiapan lebih awal. Lebih baik sediakan dahulu, taklah terburu-buru waktu Hari Raya hampir tiba nanti.

Selamat mencuba!

Kredit gambar muka depan: Facebook Mzlan Yahaya, Facebook Khairul Ekmi

Sumber: Ketupat Palas Kak Marr

Baca juga: Cara Simpan Daun Pandan Supaya Kekal Segar, Berbulan Pun Boleh Tahan

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

6 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

6 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

6 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

7 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

7 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

11 hours ago