Categories: Resipi

Cara Buat Biskut Coklat Rice Viral, Resipi Mudah Versi ‘Mesra Poket’!

Biskut coklat rice yang viral ini bukan saja sedap, tapi sangat mudah untuk disediakan. Resipi dari Lynda Lynn Blossom ini juga versi mesra poket dan boleh dicuba oleh sesiapa saja!

Selain itu, biskut ini juga pasti menjadi kegemaran ramai terutama anak-anak, kerana gabungan rasa coklat manis dan tekstur rangup dalam setiap gigitan. Tunggu apa lagi, jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Resipi Biskut Coklat Chip Mudah, Hanya Guna Sebuku Butter Dapat 200 Biji!

RESEPI BISKUT COKLAT RICE

Bahan-bahan biskut:

  • 150g butter mas*
  • 100g majerin bunga mas vanila*
  • 100g gula aising (kurangkan mengikut citarasa manis)*
  • 1 biji kuning telur*
  • 50g susu tepung
  • 50g serbuk koko
  • 30g nestum
  • 100g tepung jagung
  • 220g tepung gandum

(Jika doh terlalu lembik, tambah sedikit tepung gandum)

Bahan topping coklat:

  • 150g dark coklat (seperti Beryls atau sebarang coklat pilihan)
  • 100g coklat masakan
  • 1 sudu kecil cocoa butter (untuk memastikan coklat cepat keras)

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan yang bertanda * dan kacau hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan teruskan mengadun hingga rata.
  3. Tambahkan susu tepung, serbuk koko, nestum dan tepung jagung. Kacau sehingga bahan-bahan tersebut tercampur dengan baik.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh. Jika doh terasa berat, uli menggunakan tangan.
  5. Jika doh terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung gandum hingga doh tidak melekit tetapi masih lembut. Tekstur ini akan memberikan biskut yang crunchy atau keras kejung.
  6. Tekapkan adunan menggunakan acuan biskut pilihan anda. Susun biskut di atas dulang pembakar.
  7. Bakar pada suhu 140°C selama 25 minit (menggunakan oven convection dengan 8 tray). Suhu yang rendah dan masa bakar yang lebih lama akan memastikan biskut masak sekata dan memberikan tekstur yang crunchy tanpa bau hangit dari koko.
  8. Setelah biskut sejuk, celup permukaan biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan menggunakan teknik double boiling.
  9. Sebelum coklat mengeras, taburkan chocolate rice di atas permukaan biskut yang telah dicoating coklat.

Sumber: Lynda Lynn Blossom

Baca juga: Resipi Biskut Makmur Sabah, Tekstur Sangat Rangup & Cair Dalam Mulut!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

6 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

6 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

6 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

7 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

7 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

11 hours ago