cara simpan daging

Musim ibadah korban datang lagi, pasti ramai yang dapat bahagian daging korban untuk tahun ini. Namun, mungkin masih ramai belum tahu cara simpan daging korban yang betul.

Sebenarnya, simpan terus dalam peti sejuk tanpa buat persediaan yang betul boleh buat daging cepat rosak. Jadi, anda perlu ikut cara simpan daging korban di bawah ini supaya tahan lama.

Baca juga: Cara Lembutkan Daging Guna Kurma, Sepantas 30 Minit Dah Lembut Elok!

CARA SIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL

cara simpan daging

1. Jangan cuci daging korban sebelum disimpan.

Jika cuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakkan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak.

2. Jangan simpan daging dalam kuantiti yang banyak di dalam ruang sejuk beku (freezer).

Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2 hingga 4 kg di dalam freezer. Cara yang betul adalah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran ½kg atau 1 kg.

Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil saja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer.

3. Jangan terus simpan daging di dalam ruang sejuk beku (freezer).

cara simpan daging

Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4 hingga 5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam bahagian sejuk beku atau freezer.

4. Jangan cairkan daging beku dengan menggunakan air panas.

Jika hendak memasak daging beku, jangan cairkan daging yang beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).

Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan dan daging sedia untuk dimasak.

5. Jangan pakai plastik warna hitam untuk membungkus daging.

Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil kitar semula. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar tertutup (sealed transparent plastic).

Semoga bermanfaat!

Sumber: Fadhlee Fitri Abu Bakar

Baca juga: Cara Betul Simpan Serai Supaya Tak Kecut, Kekal Segar & Cantik Macam Baru Petik!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN