Setelah membeli beras, ia tak boleh disimpan dalam bekas begitu saja kerana dikhuatiri cepat rosak. Oleh itu, anda perlu tahu cara simpan beras yang betul.
Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh ramai orang di dapur adalah kutu beras yang terlalu banyak sampaikan penat untuk mengasingkannya sebelum masak.
Nak elakkan kutu beras daripada singgah ke dalam bekas, anda boleh gunakan cara simpan beras yang dikongsikan oleh Sha Ramson Abdullah di Facebook ini.
Bukan setakat tipsnya sangat berguna, malah beras jadi lebih tahan lama. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Cara Nak Masak Nasi Guna Beras Biasa, Hasil Sebiji-Sebiji Macam Pakai Beras Mahal
Cara-cara:
1. Mula-mula, masukkan beras dalam bekas secara berperingkat.
2. Bagi lapisan pertama, masukkan beras separuh bekas. Kemudian, masukkan 3 hingga 4 potongan kecil bawang putih.
3. Bagi lapisan kedua pula, masukkan beras sampai penuh bekas. Kemudian, masukkan 2 potongan kecil bawang putih.
4. Akhir sekali, pastikan beras betul-betul penuh.
Jika goncang bekas dan masih berbunyi, maksudnya ada ruang kosong dalam bekas tersebut. Penuhkan bekas dengan beras sampai tiada bunyi apabila digoncang. Siap!
Setelah menggunakan cara simpan beras ini, anda akan terkejut kerana beras nampak sangat cantik. Bukan saja tiada serangga dan kutu di dalam bekas, malah bau beras pun tetap elok.
Ramai yang sudah cuba letakkan cengkih, cili kering dan kayu manis tapi beras masih berkutu. Oleh itu, anda boleh tukar kepada cara simpan beras dengan menggunakan bawang putih pula.
Kami yakin pasti ramai di kalangan keluarga dan kawan-kawan anda yang masih menggunakan cara lama, jadi jangan lupa untuk ajarkan tips ini kepada mereka nanti.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Sha Ramson Abdullah
Baca juga: Cara Cuci Periuk Nasi Yang Betul, Boleh Elak Nasi Cepat Basi
Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…
Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…
Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…
Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…
Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…
Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…