Categories: Resipi

Resepi Pau Gebu Anti Kedut, Kukus Sepantas 5 Minit Dapat Hasil Sempurna!

Seronoknya jika dapat makan Pau yang sedap pada waktu petang. Selepas tahu resepi Pau gebu ini, anda boleh buat sendiri di rumah pada bila-bila masa.

Walaupun Pau merupakan makanan berasal dari China, namun ia cukup popular di Malaysia. Biasanya ia dihidangkan secara panas-panas yang dibuat secara segar ataupun sejuk beku.

Hasil sempurna daripada resepi Pau gebu yang dikongsikan oleh Yong Anisah Yaacob ini membuatkan ramai berminat nak tahu cara membuatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Pau Pandan, Rupanya Kena Elak Langkah ‘Ini’ Supaya Tak Kempis!

RESEPI PAU GEBU

Bahan-bahan:

  • ½ cawan air suam
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan yis
  • 5 cawan tepung gandum cap ros
  • 3 sudu makan marjerin pelangi
  • 5 sudu makan susu pekat
  • 240ml air (ikut kesesuaian tepung)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kacau air suam, gula dan yis sehingga sebati dan biarkan kembang dalam 10 minit.

2. Selepas itu, campurkan tepung gandum, marjerin dan susu pekat. Kemudian, ramas-ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti.

3. Kemudian, masukkan yis yang telah kembang ke dalam tepung dengan air. Uli sehingga tepung sebati dan tak melekat pada tangan (dalam 10 minit).

4. Seterusnya, timbang doh 40g dan bulat-bulatkan. Rehatkan dalam 10 minit.

5. Setelah itu, bubuh inti dan bulat-bulatkan atas tapak tangan dan lapikkan dengan kertas (saya guna kertas cupcake).

6. Biar doh kembang lebih kurang 30 minit (bergantung kepada berapa banyak yis yang digunakan dan faktor cuaca persekitaran).

7. Pau sedia untuk dikukus. Sebelum itu, panaskan dulu kukusan dengan api yang sederhana sehingga mendidih. Balut penutup kukusan dengan kain untuk mengelakkan air kukusan jatuh atas doh.

8. Akhir sekali, kukus selama 5 hingga 6 minit. Siap untuk dinikmati!

Bagi mengenalpasti jenis Pau yang dimasak, anda boleh letakkan setitik pewarna di atas pau untuk menandakan jenis inti yang terdapat di dalamnya.

Resepi Pau gebu dengan langkah demi langkah ini sangat menarik untuk dicuba di rumah. Senang cerita, orang yang tak pernah buat pun dapat hasil menjadi.

Selamat mencuba!

Sumber: Yong Anisah Yaacob

Baca juga: Pau Goreng Kacang Merah, Ini Rahsia Dalam Yang Gebu Macam Kapas

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago