cara simpan beras

Setelah membeli beras, ia tak boleh disimpan dalam bekas begitu saja kerana dikhuatiri cepat rosak. Oleh itu, anda perlu tahu cara simpan beras yang betul.

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh ramai orang di dapur adalah kutu beras yang terlalu banyak sampaikan penat untuk mengasingkannya sebelum masak.

Nak elakkan kutu beras daripada singgah ke dalam bekas, anda boleh gunakan cara simpan beras yang dikongsikan oleh Sha Ramson Abdullah di Facebook ini.

Bukan setakat tipsnya sangat berguna, malah beras jadi lebih tahan lama. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Nak Masak Nasi Guna Beras Biasa, Hasil Sebiji-Sebiji Macam Pakai Beras Mahal

CARA SIMPAN BERAS SELAMA 2 TAHUN

cara simpan beras

  • 1 bekas: 400 gram
  • 10kg beras: 25 bekas
  • FIFO (first in first out)
  • Tempoh penyimpanan: 1 tahun hingga 2 tahun

Cara-cara:

1. Mula-mula, masukkan beras dalam bekas secara berperingkat.

cara simpan beras

2. Bagi lapisan pertama, masukkan beras separuh bekas. Kemudian, masukkan 3 hingga 4 potongan kecil bawang putih.

3. Bagi lapisan kedua pula, masukkan beras sampai penuh bekas. Kemudian, masukkan 2 potongan kecil bawang putih.

4. Akhir sekali, pastikan beras betul-betul penuh.

Jika goncang bekas dan masih berbunyi, maksudnya ada ruang kosong dalam bekas tersebut. Penuhkan bekas dengan beras sampai tiada bunyi apabila digoncang. Siap!

Setelah menggunakan cara simpan beras ini, anda akan terkejut kerana beras nampak sangat cantik. Bukan saja tiada serangga dan kutu di dalam bekas, malah bau beras pun tetap elok.

Ramai yang sudah cuba letakkan cengkih, cili kering dan kayu manis tapi beras masih berkutu. Oleh itu, anda boleh tukar kepada cara simpan beras dengan menggunakan bawang putih pula.

Kami yakin pasti ramai di kalangan keluarga dan kawan-kawan anda yang masih menggunakan cara lama, jadi jangan lupa untuk ajarkan tips ini kepada mereka nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Sha Ramson Abdullah

Baca juga: Cara Cuci Periuk Nasi Yang Betul, Boleh Elak Nasi Cepat Basi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN