cara simpan bawang kisar

Stok bawang kisar wajib ada di kebanyakan rumah kerana ia sangat memudahkan proses memasak. Namun begitu, tahukah anda cara simpan bawang kisar yang betul agar tahan lama dan tidak berkulat?

Puan Norhidayah Mohd Aripin ada berkongsikan rahsia bagi memastikan stok bawang kisar ini lebih tahan lama sampai berbulan-bulan! Kalau nak tahu bagaimana caranya, jom baca artikel ini sampai habis.

Baca juga: Tip Simpan Sayur Tahan Lama Dalam Peti Sejuk, Sebulan Dua Tetap Segar

CARA SIMPAN BAWANG KISAR SUPAYA TAHAN LAMA

Berikut merupakan cara membuat bawang kisar dan kaedah menyimpannya:

1. Bawang merah, bawang putih dan halia perlu dikisar secara kasar menggunakan chopper, jangan sampai lumat. Jika dikisar halus, bahan kisar akan jadi berair dan tidak tahan lama. Kisar ketiga-tiga bahan ini secara berasingan.

2. Kemudian, letakkan bahan kisar ini ke dalam acuan ais dan bekukan.

cara simpan bawang kisar

3. Selepas sudah beku, letak bawang kiub ke dalam satu bekas lain supaya dapat guna acuan untuk tambah stok bahan kisar.

cara simpan bawang kisar

4. Apabila mahu digunakan untuk memasak, buka api dan tuangkan minyak. Tak perlu tunggu minyak panas, boleh terus masukkan bawang kiub. Kemudian boleh ditumis seperti biasa. 

Kredit petua dan gambar: Norhidayah Mohd Aripin

Baca juga: Cara Buat Pes Sambal Belacan Serba Guna, Boleh Masak Macam-Macam Menu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN