periuk tanah

Memang rugi kalau anda belum pernah cuba memasak dengan periuk tanah. Periuk jenis ini bukan saja buat rasa masakan lebih sedap, tapi juga buat aroma masakan naik berbeza dari periuk biasa.

Jadi, tak hairanlah ramai orang lama masih setia guna periuk ini di dapur mereka. Cuma, sebelum digunakan, periuk tanah perlu di-season dulu supaya lebih tahan lama, tak cepat retak dan masakan pun jadi lebih sedap.

Jom tengok cara mudah untuk season periuk tanah anda yang dikongsikan oleh Encik Selvakumar Arunasalam. Selepas ikut langkah ini, barulah periuk boleh terus digunakan untuk memasak tanpa risau masih kotor atau cepat pecah.

Baca juga: Petua Cuci Ikan Keli Supaya Hilang Hanyir & Lendir, Baru Berani Goreng Sebab Tak Meletup!

CARA SEASON PERIUK TANAH BARU BELI

periuk tanah

Berikut merupakan cara-caranya:

  1. Cuci bersih – Bilas dengan air sahaja, jangan guna sabun.
  2. Rendam air beras – Rendam semalaman supaya liang tanah liat jadi lebih kuat.
  3. Sapu minyak – Sapu bahagian dalam dengan minyak masak, biarkan beberapa jam (lebih baik kalau semalaman).
  4. Panaskan perlahan – Masukkan sedikit air, rebus atas api kecil selama 10–15 minit.
  5. Siap untuk guna – Selepas itu, periuk dah boleh digunakan untuk memasak.

Tip: Apa jua penyediaan, jangan sesekali guna api besar secara tiba-tiba. Periuk mudah retak kalau dipanaskan terlalu kuat,

Sumber: Selvakumar Arunasalam

Baca juga: Petua Bersihkan Kuali Lama ‘Legend’, Dari Hitam Legam Jadi Berkilat Macam Baru!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN