Ramai yang masih keliru tentang cara rebus pasta yang betul. Ramai anggap bahawa meletakkan minyak ke dalam air rebusan dapat mengelakkan pasta daripada melekat.
Petua ini sebenarnya sangat terkenal dan sering diamalkan di dapur rumah. Namun begitu, teknik ini bukanlah cara yang disarankan jika mahu mendapatkan hidangan pasta yang lebih sedap.
Sebenarnya, menambah minyak ke dalam air rebusan boleh menyebabkan sos sukar melekat pada pasta. Ini kerana minyak akan melapisi permukaan pasta dan menjadikannya licin. Akibatnya, apabila pasta digaul bersama sos, kuah tidak dapat menyerap atau melekat dengan baik.
Hasilnya, hidangan pasta akan terasa kurang berperisa kerana sos hanya berada di permukaan tanpa benar-benar menyatu dengan pasta. Sebab itu, ramai cef tidak menggalakkan penggunaan minyak ketika merebus pasta.
Sebaliknya, terdapat teknik yang lebih tepat untuk memastikan pasta tidak melekat dan masak dengan sempurna.
Baca juga: Jom Cuba Resipi Spageti Tuna Ini, Makan Banyak Pun Tak Muak
Berikut merupakan cara-caranya:
Dengan menggunakan teknik yang betul, pasta akan masak dengan tekstur yang lebih baik dan sos pula dapat melekat dengan sempurna. Hidangan pasta juga akan terasa sedap dan berperisa.
Jadi selepas ini, tidak perlu lagi menambah minyak ke dalam air rebusan pasta. Cukup dengan air yang mendidih, garam yang mencukupi dan sedikit kacauan pada awal rebusan untuk mendapatkan pasta yang sempurna.
Sumber: Thread mrpokwan
Baca juga: Resipi Spageti Tomyam Udang Creamy, Gabungan Rasa Pedas & Masam Yang Mesti Cuba!
Kalau bosan asyik masak ayam goreng atau ayam masak kicap, apa kata cuba resipi ayam…
Kalau sebut tentang masakan tradisional Melaka, masak lada antara lauk yang cukup terkenal dan digemari…
Resepi dorayaki ini memang sesuai dicuba kalau suka kuih yang lembut, gebu dan mempunyai inti…
Apam pisang kukus antara kuih yang boleh disediakan menggunakan pisang berangan yang sudah cukup masak.…
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…