
Pernah tak anda terfikir, walaupun dah beli garam beriodin yang mahal, tapi khasiatnya tetap tak sampai ke badan? Sebenarnya, ramai mak-mak selalu terlepas pandang satu perkara penting iatu cara simpan garam yang betul.
Silap cara simpan, anda bukan makan garam berkhasiat, tapi sekadar makan “garam kosong” yang hanya masin pada rasa tapi sifar nutrisi.
Kenapa Iodin Boleh Hilang?
Iodin adalah mineral yang mudah meruap. Ia mempunyai tiga musuh utama yang boleh memusnahkan kandungannya dalam sekelip mata:
- Haba (Panas api dapur)
- Cahaya (Sinaran matahari)
- Kelembapan (Wap air)
Jika anda jenis yang suka letak balang garam betul-betul di sebelah dapur gas supaya senang nak capai, anda sebenarnya sedang “membunuh” khasiat iodin tersebut setiap kali memasak!
Baca juga: 10 Barang Rumah Ini Bahaya Kalau Letak Atas Peti Ais, No.8 Paling Ramai Kumpul!
3 ‘Hukum’ Simpan Garam Beriodin Yang Wajib Anda Tahu

Berdasarkan saranan Public Health Malaysia, ini adalah cara terbaik untuk pastikan pelaburan kesihatan anda tidak meruap begitu sahaja:
1. Gunakan Bekas Kedap & Gelap (Opaque)
Jangan gunakan bekas kaca yang lutsinar jika ia diletakkan di tempat terbuka. Cahaya matahari atau lampu yang terang boleh merosakkan struktur iodin.
Tip: Gunakan bekas seramik, bekas plastik berwarna gelap atau simpan sahaja di dalam kabinet dapur yang tertutup.
2. Jauhkan Dari “Zon Panas” Dapur Gas
Alihkan bekas garam anda sekarang! Pastikan ia berada di zon yang sejuk dan kering. Jarakkan dari wap panas masakan dan api dapur. Suhu yang tinggi di sekitar dapur gas akan mempercepatkan proses penguraian iodin.
3. Teknik “Tutup Api, Baru Tabur”
Ini adalah teknik memasak yang paling kritikal. Iodin akan musnah pada suhu yang sangat tinggi.
Cara Betul: Masak lauk sehingga siap, tutup api dapur terlebih dahulu, kemudian barulah masukkan garam dan kacau rata. Dengan cara ini, iodin tidak sempat musnah dek haba yang melampau.
Kenapa Kita Perlu Beria Jaga Iodin?
Jangan ambil remeh! Kekurangan iodin dalam diet harian bukan sahaja berisiko menyebabkan penyakit beguk (tiroid), malah memberi kesan jangka panjang kepada keluarga:
- Kanak-kanak: Boleh menyebabkan tahap IQ rendah dan tumbesaran terbantut.
- Ibu Mengandung: Risiko keguguran atau gangguan perkembangan otak janin.
Jangan biarkan khasiat yang sepatutnya melindungi keluarga anda meruap ke udara begitu sahaja. Jom “audit” dapur kita sekarang, tengok kat mana bekas garam anda duduk!
Sumber: Public Health Malaysia
Baca juga: Rupanya Cara Mak Mak Defrost Ayam & Daging Selama Ini Salah, Macam INI Cara Yang Betul!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














