Categories: Informasi

Pertama Kali Beli Makanan Luar Ramadan Ini, Wanita Terkejut Nasi Ayam Penuh Ulat Sampah Sampai Anak Termuntah!

Seorang pengguna sosial media berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila mendapati ada ulat seperti ulat sampah dalam makanan yang dibeli. Difahamkan, makanan yang dibeli ialah nasi ayam dari gerai berhampiran 7-Eleven Jalan Jejaka, Maluri.

Wanita itu segera membawa semula makanan tersebut kepada penjual dan meminta bayaran balik, sambil menasihati penjual supaya memeriksa bahan makanan dengan lebih teliti agar pelanggan lain tidak mengalami perkara yang sama.

“Semalam beli nasi ayam kat gerai sebelah 7E kat Jalan Jejaka, Maluri. Baru nak buka puasa terus nampak macam ni.

“Saya bawa pergi dan cakap nak duit balik serta suruh dia periksa betul-betul, takut pelanggan lain kena macam saya.

“Saya cakap perlahan saja, tak marah, tapi anak saya sampai nak muntah,” tulisnya di Threads.

Baca juga: Netizen Puji Aeon Taman Universiti Sedia Sudut Khas Untuk Resipi KA, Tak Perlu Cari Sana Sini!

PERTAMA KALI BELI DI LUAR SEPANJANG RAMADAN, WANITA TERKEJUT JUMPA ULAT DALAM MAKANAN

Kejadian ini membuatnya berasa kecewa kerana pertama kali mencuba membeli makanan luar sepanjang Ramadan, namun berakhir dengan situasi yang tidak menyenangkan.

“Nasib baik dah waktu buka puasa. Pertama kalu beli kat luar sepanjang puasa ini, dapat macam ini pula.

“Hati-hati kalau beli nasi ayam, tengok dulu betul-betul takut mereka guna ayam semalam,” ujarnya lagi.

Perkongsian itu juga menarik perhatian ramai, yang menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan semak keadaan makanan sebelum dimakan.

“Tiap-tiap tahun mesti ada kes macam ni. Itu salah satu sebab saya jarang beli di pasar Ramadan. Kena cek dulu, kadang yang menjual macam tak nampak lalat banyak menghurung makanan.

“Mustahil kalau guna ayam semalam boleh berulat, sampah pun dua ke tiga hari baru berulat, takut ada orang dengki je.

“Kembang tekaklah! Binatang lain aku okay tau tengok tapi jangan yang ini. Meremang segala bulu roma,” antara komen netizen.

Sumber: ajiejah5

Baca juga: Niat Order Ayam Gepuk Minta ‘Extra’ Kubis, Sekali Dapat Separuh Biji Kubis Mentah! Kisah Wanita Ini Buat Netizen Pecah Perut

Wan N

Recent Posts

Resepi Ayam Masak Merah Simple Ini Buat Suami Puji, Tak Perlu Banyak Bahan Pun!

Resepi ayam masak merah simple ini sesuai untuk sesiapa yang mahukan lauk sedap tanpa perlu…

12 mins ago

Resipi Spageti Bolognese ‘Goreng’ Versi Lain Dari Biasa, Idea Sarapan Yang Mengenyangkan!

Resepi spageti bolognese goreng ini sesuai untuk sesiapa yang mahukan kelainan ketika menyediakan sarapan untuk…

2 hours ago

Uniknya Buat Roti Bakar Berinti Yogurt Guna 4 Bahan Saja, Rangup Di Luar Berkrim Di Dalam!

Roti bakar resipi ini sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan pagi atau snek petang. Dengan hanya…

2 hours ago

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

19 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

20 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

20 hours ago