
Ada cara rebus paru yang betul supaya hasilnya tak hanyir dan lebih sedap bila dimasak. Paru lembu memang antara bahagian dalaman yang sering kita dapat waktu raya korban, tapi kalau tak kena cara, memang boleh jadi berbau dan kurang menyelerakan.
Sebenarnya, kunci utama untuk dapat paru yang bersih dan tidak hanyir bukan sekadar pada proses rebusan, tetapi bermula dari cara mencuci yang betul. Kalau langkah awal ini diabaikan, bau hanyir memang sukar nak hilang walaupun dah dimasak lama.
Dalam perkongsian kali ini, kita akan lihat cara lengkap yang boleh dijadikan panduan untuk bersihkan dan rebus paru dengan betul supaya hasilnya lebih sedap, bersih dan sesuai untuk pelbagai jenis masakan.
Baca juga: Tak Perlu Sental Sampai Lenguh! Ini Cara Mudah Cuci Perut Lembu Jadi Putih Melepak Guna ‘1 Bahan’
Cara Rebus Paru Dengan Betul

Sebelum masuk bab rebus, proses pembersihan adalah langkah paling penting:
- Pastikan paru dibasuh berulang kali sehingga air cucian menjadi jernih dan tidak lagi berwarna darah. Ini penting untuk buang sisa kotoran dan darah.
- Rendam paru dengan air bercampur gandum, cuka atau perahan limau nipis. Biarkan seketika, kemudian bilas dan toskan.
Selepas paru dibersihkan, barulah masuk proses rebusan:
- Masukkan paru ke dalam periuk bersama air secukupnya. Gunakan periuk besar supaya mudah untuk balik-balikkan paru semasa memasak.
- Untuk mengurangkan bau hanyir, tambahkan bahan berikut asam keping, garam, serai (jika suka, untuk aroma lebih segar) dan halia.
- Gunakan api sederhana besar dan rebus selama lebih kurang 35 miniy. Jangan tutup periuk kerana air boleh melimpah. Sesekali balikkan paru supaya masak sekata.
- Cucuk paru untuk pastikan bahagian dalam sudah tidak berwarna merah. Jika sudah berubah warna sepenuhnya, itu tanda ia sudah masak.
- Toskan dan bilas semula. Buang air rebusan, kemudian toskan paru. Boleh juga lalukan sekejap di bawah air paip untuk hasil lebih bersih.
- Selepas itu, paru boleh dihiris dan dimasak ikut cita rasa. Sama ada goreng berlada, masak kicap atau sambal.
Sumber: Facebook
Baca juga: Ramai Tak Sangka! Rupanya Ini 10 Kesilapan Simpan Daging Korban Yang Buat Daging Cepat Rosak
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














