Categories: Tips & Petua

Cara Betul Masak Mi Instant & Mi Kuning, Baru Tak Terlembik & Terkeras!

Mee segera merupakan salah satu makanan yang menjadi penyelamat ramai orang terutamanya pelajar dan mereka yang sedang berjimat.

Mana tidaknya, mi segera dijual pada harga yang begitu murah dan rasanya juga sedap. Selain itu, mee segera juga boleh diolah menjadi pelbagai menu yang lazat.

Namun begitu, tidak ramai yang tahu cara yang betul merebusnya yang betul agar tidak terlembik dan terkeras. Jika terlalu lembik, mee akan menjadi lembut dan hancur ketika sedang dimasak.

Bukan saja mee instant, mee kuning juga perlu direbus menggunakan teknik yang betul. Mari ikuti perkongsian lengkap di bawah.

Baca juga: Ibu-Ibu Kena ‘Alert’, Cara Defrost Lauk Yang Betul Elak Anak Keracunan

TEKNIK REBUS MEE SEGERA & MEE BASAH

Cara rebus mee segera:

  1. Pertama sekali, rebus air sehingga mendidih.
  2. Kemudian, masukkan mi segera ke dalam air yang mendidih dan rebus selama 3-5 minit, jangan terlalu lama.
  3. Jika tekstur sudah kenyal, keluarkan mee dan toskan dengan segera supaya tidak terlebih masak.
  4. Selepas itu, mee tersebut sedia untuk diolah kepada aneka menu yang disukai.

Cara rebus mee basah (mee kuning)

Sama seperti mee instant, mee basah juga jangan dimasak terlalu lama kerana risau tekstur menjadi terlalu lembik.

  1. Rebus air di dalam periuk sehingga mendidih.
  2. Apabila air sudah menddih, masukkan mee basah ke dalam air rebusan. Letakkan 1 sudu teh minyak masak supaya mee tidak melekat.
  3. Rebus mee selama 2-3 minit sahaja. Gaul sesekali supaya mee masak dengan rata.
  4. Angkat mee dan toskan. Biarkan wap panas hilang terlebih dahulu sebelum dibilas dengan air sejuk. Jika tidak, mi akan menjadi terlebih lembut.
  5. Setelah mee dibilas, toskan sehingga air kering.

Sumber: CNN Indonesia

Baca juga: Cara Betul Panaskan Roti Canai Frozen, Baru Lembut Elok & Tak Keras!

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

4 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

4 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

6 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

6 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

7 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

7 hours ago