Jom belajar cara rebus kaki ayam yang betul supaya ia tidak berbau hanyir dan betul-betuk empuk setelah dimasak.
Kaki ayam ini boleh dibuat sup, gulai dan ada juga yang suka digoreng garing. Rasanya sangat lazat, lebih lagi jika ianya sudah empuk dan kembang.
Mungkin ramai yang belum tahu, bahagian ayam ini mempunyai banyak khasiat dan manfaat bahkan baik untuk kesihatan.
Namun begitu, jika tidak disiang dengan betul, ianya akan menyebabkan muncul bau hamis dan tidak sedap dimakan.
Oleh itu, mari kita pelajari tips menghilangkan bau tersebut bermula dari cara menyiang sehingga ke cara merebus. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Resipi Sup Kaki Ayam, Cara Masak Paling Mudah Tanpa Perlu Tumis
Cara-caranya:
1. Potong kuku ayam dan pastikan semua kukunya dibuang.
2. Cuci bersih semua kaki ayam yang sudah dibuang kuku tadi. Buang segala kotoran yang ada pada tapak kaki ayam.
3. Isikan periuk dengan air untuk merebus kaki ayam.
4. Rebus kaki ayam dengan 7 ulas bawang putih yang telah diketuk. Jangan ketuk telalu hancur, cukup sekadar untuk mengeluarkan haruman bawang.
5. Masukkan juga 2 inci halia yang telah diketuk beserta 1 sudu kecil garam ke dalam periuk.
6. Rebus kaki ayam sehingga empuk.
7. Setelah empuk, kaki ayam boleh dimasak kepada lauk yang disukai. Semoga bermanfaat!
Video penuh:
Sumber: Youtube Moktih Channel
Baca juga: Kerabu Kaki Ayam Cara MUDAH, Memang Sedap Ratah Gitu Je
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…