Categories: Resipi

Air Teh Kacukan Guna Resipi Chef Dave, Mengancam Tekak Dibuatnya!

Peminat teh disini mesti ramai kan? Apa kata anda cuba resipi Air Teh Kacukan menerusi perkongsian dari Chef Dave ini. Rasanya, air ini tidak dijual di mana-mana bazar ramadan. 

Lagi-lagi bila minum masa cuaca panas, memang nikmat rasanya tekak. Tahukah anda, banyak hidangan lazat yang boleh diperbuat daripada teh kemudian dijual di pasaran dengan harga yang berpatutan.

Baca juga: Uncang Teh Tamat Tempoh, Masih Boleh Guna Atau Tidak?

Namun, hidangan tersebut boleh dibuat sendiri di rumah dengan kebersihan yang lebih terjamin dan tidak perlu keluarkan duit yang banyak. Boleh ikuti cara penyediaannya di bawah. 

RESIPI AIR TEH KACUKAN DARI CHEF DAVE

Korang, tahulah air tu mengiurkan waktu sekarang ni, sabar ya! Kejap lagi buka, tinggal berapa jam saja lagi ni, sabar! Jangan lupa cuba dekat rumah! Simple dan padu rasa air ini. 

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 5 minit
Hidangan: 5-10 pax

Bahan – bahan:

Cara-cara bancuhan:

1. Mula-mula sekali, potong daun pandan dulu. Kemudian, masak air di dalam periuk dan masukkan pandan untuk buat air pandan. Biarkan ia mendidih dalam suhu api sederhana.

2. Sementara air tengah mendidih dalam masa 5 minit, hiriskan buah lemon dan sediakan sedikit daun pudina.

3. Bila air pandan sudah siap mendidih, tapiskan air tersebut dari daun pandan.

4. Air pandan yang sudah siap ditapis, masukkan pula gula dan kacau sebati.

5. Selepas itu, masukkan pula serbuk teh. Biarkan ia rendam seketika sehingga teh tersebut pekat.

6. Dalam bekas air yang lain, masukkan ketulan ais, hirisan lemon dan daun pudina yang sudah dibersihkan tadi.

7. Selepas teh sudah pekat, boleh tapis dan masukkan ke dalam bekas air ini. Kacau-kacau dan sedia untuk dinikmati.

Video penuh:

@chefdaveveganjourney

EPISODE 2: TEH KACUKAN & WATERMELON REFRESHING – CHEF DAVE Sehijauramadan KongsiSelera KongsiBersama Korang, tahulah air tu mengiurkan waktu sekarang ni, sabar ye! 🥹🫠kejap lagi buka.. tinggal berapa JAM je lagi ni..sabar!!!⏰ jangan lupa cuba dekat rumah! simple dan padu rasa dia. 🥰 Masa penyediaan: 10 minit Masa memasak: 5 minit Hidangan: 5-10 pax Resipi Teh Kacukan Bahan – bahan: 3 cawan air 2-3 helai daun pandan 5 sudu besar serbuk teh Kepingan lemon Gula secukupnya Sedikit daun pudina Ais secukupnya Watermelon refreshing Bahan – bahan: Sebiji tembikai 1 tin cocktail 1 botol sprite Kepingan limau nipis TEH KACUKAN & WATERMELON REFRESHING – CHEF DAVE Hey everyone, you know how water makes you crave it at this time, right?🥹🫠 Hang in there! Iftar is just around the corner.. only a few HOURS left now.. be patient!!!⏰ Don’t forget to try it at home! Its taste is simple yet intense.” 🥰 Preparation time: 10 minutes Cooking time: 5 minutes Servings: 5-10 pax Recipe Teh kacukan Ingredients: 3 cups water 2-3 pandan leaves 5 tbsp tea powder Lemon slices Sugar as needed A few mint leaves Ice cubes Watermelon refreshing Ingredients: 1 watermelon 1 can cocktail 1 bottle sprite Lime slices

♬ original sound – ChefDave VeganJourney – ChefDave VeganJourney

Selamat mencuba!

Sumber: TikTok Chef Dave

Baca juga: Resipi Teh Bunga Kertas, Banyak Khasiatnya Yang Ramai Tak Tahu

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

2 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

2 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

2 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 days ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 days ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago