Categories: Tips & Petua

Cara Rebus Kacang Tanah, Tahan Lama Dan Tak Cepat Busuk

Rupa-rupanya ada cara rebus kacang tanah supaya tahan lama dan tidak busuk. Seperti yang anda sedia maklum, kacang rebus ini adalah snek yang disukai oleh ramai orang.

Kacang yang baru dipetik boleh direbus dengan mudah, dan rasanya akan menjadi lazat apabila ditambah dengan garam dan bahan seasoning yang lain.

Baca juga: Tiada Oven Di Rumah? Ini Teknik Bakar Kek Atas Dapur Gas

Sama ada anda merebus kacang yang masih segar atau kering, cubalah untuk ikuti beberapa petua yang MyResipi akan kongsikan ini.

CARA REBUS KACANG TANAH, TAK BUSUK & TAHAN LAMA

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kg kacang mentah segar atau kering
  • 2 gelas (500 ml) garam
  • Seasoning tambahan
  • 15 liter air

Langkah-langkah:

1. Rendam kacang tanah sebelum memasak

Selepas membersihkan kacang tanah, rendamnya dalam air selama beberapa jam sebelum dimasak. Proses perendaman ini membantu melonggarkan kulit kacang dan memastikan kacang masak dengan lebih cepat dan sekata.

2. Rebus dalam air garam

Selepas proses perendaman, rebus kacang tanah dalam air yang diberi garam. Gunakan satu hingga dua sudu teh garam untuk setiap liter air. Rebus kacang tanah sehingga empuk, biasanya mengambil masa kira-kira 1 hingga 2 jam bergantung kepada jenis kacang dan kelembutan yang dikehendaki.

3. Tapis dan sejukkan 

Setelah kacang tanah empuk, tapis air rebusan dan biarkan kacang sejuk sebentar. Proses penyejukan ini memudahkan anda untuk menanggalkan kulit kacang dengan lebih mudah sebelum menggunakan atau menyimpannya.

4. Nikmati kacang rebus

Kini, kacang tanah anda sudah siap untuk dimakan. Anda boleh menikmatinya sebagai snek, atau gunakan dalam pelbagai resipi seperti kuah kacang, sambal kacang, atau sebagai tambahan dalam hidangan lain.

Nota tambahan:

Jika anda tidak boleh mendapatkan kacang segar, beli kacang mentah kering sebagai alternatif. Kacang kering hendaklah direndam lebih lama sebelum direbus. Anda perlu merendamnya sekurang-kurangnya 8 jam atau semalaman.

Selamat mencuba.

Sumber: Wikihow

Baca juga: 7 Tip Menyimpan Brokoli Supaya Kekal Rangup Dan Hijau

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago