Rupanya ada cara rebus jagung supaya tak kecut dan cantik elok macam kita beli kat pasar malam. Kalau salah cara, jagung akan jadi keras, kecut dan tak sedap.
Jadi macam mana cara betul untuk rebus jagung? Jom baca tips dan cara yang dikongsikan oleh Puan Wan Ros Ina Lina di bawah.
Baca juga: Cara Buat Puding Jagung Yang Lembut Elok, Letak Agar-Agar Elak Tekstur Jadi Kasar
Sebelum ni masak asyik tak jadi je jagung ni. Selalunya dah siap rebus dia jadi keras, kecut dan tak sedap. Tak macam yang kita beli kat pasar malam kan?
Sekarang kakak dah pandai dah rebus jagung. Happy sangat sebab menjadi dah sebijik macam yang beli kat pasar malam.
Tengok lah isinya tu cantik kan? Sedap pun sedap. Gebu gebas isi dia.
Baca juga: Resipi Kepak Ayam Madu Ala Pasar Malam, Guna Bahan Mudah Je
1. Basuh jagung sehingga bersih. Jangan potong jagung, biarkan sebiji macam tu. Buang kulit tapi jangan buang semua, tinggalkan satu atau dua lapis sahaja kulitnya.
2. Rebus air dalam periuk yang besar (agak-agak muat letak jagung).
3. Bila air dah mendidih, baru masukkan jagung satu persatu.
4. Masukkan sedikit gula. Jangan rebus lama, lebih kurang dalam 10 hingga 15 minit sahaja.
5. Bila dah masak baru masukkan garam. Ikut cara ni jagung tak akan kecut sampai esok.
Kredit: Wan Ros Ina Lina
Baca juga: Resipi Nasi Jagung Special & Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan
Bubur merah putih antara manisan tradisional yang selalu buat kita teringat zaman kanak-kanak yang penuh…
Peminat kuih tradisional wajib mencuba resepi kuih cara manis ini. Ia adalah salah satu kuih…
Bagi peminat nasi goreng ayam, pasti anda sudah biasa dengan pelbagai versi nasi goreng yang…
Resepi cucur udang simple ini sangat sesuai untuk minum petang. Ada yang lebih suka cucur…
Teringin nak makan luar pada hujung bulan ini, dompet tak menyebelahi pula. Tapi kalau anda…
Jika anda mencari idea sarapan atau hidangan ringan yang ringkas tetapi enak, roti sardin bakar…