cara rebus jagung

Rupanya ada cara rebus jagung supaya tak kecut dan cantik elok macam kita beli kat pasar malam. Kalau salah cara, jagung akan jadi keras, kecut dan tak sedap.

Jadi macam mana cara betul untuk rebus jagung? Jom baca tips dan cara yang dikongsikan oleh Puan Wan Ros Ina Lina di bawah.

Baca juga: Cara Buat Puding Jagung Yang Lembut Elok, Letak Agar-Agar Elak Tekstur Jadi Kasar

Cara Rebus Jagung Macam Beli Kat Pasar Malam

Sebelum ni masak asyik tak jadi je jagung ni. Selalunya dah siap rebus dia jadi keras, kecut dan tak sedap. Tak macam yang kita beli kat pasar malam kan?

Sekarang kakak dah pandai dah rebus jagung. Happy sangat sebab menjadi dah sebijik macam yang beli kat pasar malam.

Tengok lah isinya tu cantik kan? Sedap pun sedap. Gebu gebas isi dia.

Baca juga: Resipi Kepak Ayam Madu Ala Pasar Malam, Guna Bahan Mudah Je

Cara-caranya:

1. Basuh jagung sehingga bersih. Jangan potong jagung, biarkan sebiji macam tu. Buang kulit tapi jangan buang semua, tinggalkan satu atau dua lapis sahaja kulitnya.

2. Rebus air dalam periuk yang besar (agak-agak muat letak jagung).

3. Bila air dah mendidih, baru masukkan jagung satu persatu.

cara rebus jagung

4. Masukkan sedikit gula. Jangan rebus lama, lebih kurang dalam 10 hingga 15 minit sahaja.

5. Bila dah masak baru masukkan garam. Ikut cara ni jagung tak akan kecut sampai esok.

Kredit: Wan Ros Ina Lina

Baca juga: Resipi Nasi Jagung Special & Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN