sup tulang simple

Menjelang Hari Raya Haji, ramai yang mula mencari idea masakan berasaskan tulang kambing atau lembu untuk dihidangkan kepada keluarga. Antara menu yang paling mudah tetapi tetap padu sudah tentu sup tulang simple kerana kuahnya yang pekat dan penuh aroma rempah memang cukup membuka selera.

Perkongsian resipi sup tulang simple oleh Angah Izan di Facebook ini turut menarik perhatian ramai kerana menggunakan bahan ringkas dan cara penyediaan yang mudah. Memang sesuai dimasak ketika musim raya korban, lebih-lebih lagi jika ada lebihan tulang di rumah.

Baca juga: Wanita Non-Muslim Turut Sarankan Pilih Tulang Halal Untuk Masak Sup, Rupanya Ini Sebabnya…

RESIPI SUP TULANG SIMPLE

sup tulang simple

Bahan-bahan:

  • 1 paket rempah sup kecil
  • ½ kilogram tulang kambing, tulang lembu atau ayam
  • 10 biji bawang merah – dikisar
  • 1 inci halia – dikisar
  • 5 ulas bawang putih – dikisar
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 inci lengkuas – dikisar
  • Garam secukup rasa
  • 1 batang lobak merah – dipotong
  • 2 biji kentang – dipotong
  • 1 kiub ayam atau kiub lembu
  • Air secukupnya
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Daun sup dan daun bawang
  • Tomato ceri dan bawang goreng untuk hiasan

Cara Buat Sup Tulang Simple:

1. Rebus tulang hingga lembut

Masukkan tulang ke dalam periuk bersama air secukupnya dan rebus sehingga empuk. Lagi lama direbus, lagi sedap rasa sup dan isi tulang lebih mudah tanggal.

2. Tumis bahan kisar

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas yang telah dikisar sehingga naik bau dan sedikit garing.

3. Masukkan rempah sup

Masukkan rempah sup ke dalam bahan tumisan tadi. Kacau sehingga rempah pecah minyak dan menghasilkan aroma yang wangi.

4. Satukan dalam periuk rebusan

Masukkan tumisan ke dalam periuk tulang yang sedang direbus. Tambahkan serai dan kiub ayam atau kiub lembu.

5. Masukkan kentang dan lobak merah

Biarkan sayur empuk dan kuah mula menjadi lebih pekat.

6. Perasakan sup

Masukkan garam dan sedikit air asam jawa mengikut selera masing-masing.

7. Reneh hingga kuah sebati

Biarkan sup mereneh beberapa minit supaya semua rasa sebati dan kuah menjadi lebih sedap.

Petua Sup Tulang Lagi Sedap

  • Tambah sedikit lada hitam untuk rasa sup yang lebih padu dan beraroma.
  • Gunakan api perlahan ketika merebus tulang supaya isi lebih lembut dan kuah jadi lebih pekat.
  • Tabur bawang goreng sebelum dihidang untuk naikkan lagi bau wangi sup.
  • Jika suka rasa lebih segar, boleh tambah tomato ke dalam sup.

Kalau anda tengah cari menu berkuah yang mudah tetapi sedap, resipi sup tulang simple ini memang wajib cuba.

Selamat mencuba!

Sumber: Angah Izan

Baca juga: Sup Tulang Ala Thai Mudah Yang Penuh Pedas Masam, Wangi & Meletup Rasanya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN