rendang hijau

Selain rendang berwarna merah, rendang hijau pun tidak kurang hebat dan ada peminatnya yang tersendiri.

Rendang hijau juga boleh dibuat dengan menggunakan lauk itik, ayam tua atau daging. Semuanya sangat sedap!

Jom kami kongsikan resipi yang dijamin menjadi kegemaran ahli keluarga dan tetamu yang menjamah.

Baca juga: Cara Masak Ayam Rendang Simple, Kuah Cantik Dan Merah Elok Kejadiannya

RESEPI RENDANG HIJAU

rendang hijau

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam/itik/daging
  • Santan 400 ml (atau ikut banyak kuah yang diingini)
  • Kerisik 2 sudu besar
  • Asam keping 1 keping
  • Daun limau purut 3 helai
  • Daun kunyit 3-4 helai (dihiris)

Bahan-bahan kisar:

  • Cili api hijau 35 biji (nak pedas, boleh gandakan)
  • Bawang besar 5 hingga 8 biji
  • Bawang putih 6 hingga 7 ulas
  • Serai 5 batang
  • Kunyit hidup 4 ketul
  • Lengkuas sebesar dua jari
  • Halia sebesar bawang besar sederhana

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan santan dan kerisik, masak sebentar.
  3. Masukkan ayam tua, itik atau daging dan masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak dan daging empuk.
  4. Perasakan dengan gula secukup rasa, sedikit garam dan serbuk perasa. Masukkan sekeping asam keping, daun limau purut dan daun kunyit.
  5. Masak lagi sehingga kuah mencapai kepekatan yang diingini. Jika suka kuah sedikit, tambahkan air sedikit dan biarkan mendidih.
  6. Akhir sekali, taburkan daun kunyit sebelum dihidang.

Sumber: Nor Hafizah Ismail

Baca juga: Resipi Rendang Kerang, Seronok Makan Sampai Tak Perasan Belum Raya Lagi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN