resepi singgang daging

Kalau anda penggemar masakan kampung yang berkuah dan berempah ringan, resepi singgang daging ini memang wajib dicuba! Lauk tradisional ini terkenal di negeri Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan.

Ia sangat mudah disediakan, tidak menggunakan santan dan sesuai untuk anda yang sukakan rasa masam, pedas serta aroma rempah yang menyegarkan. Paling menarik, kuahnya sangat sedap kalau dihirup panas-panas!

Dengan hanya beberapa bahan asas seperti daging, halia, lengkuas, dan lada hitam, anda sudah boleh hasilkan lauk yang menyelerakan untuk seisi keluarga. Jom kita tengok cara buat singgang daging versi ringkas tapi sedap di bawah ini!

Baca juga: Resipi Daging Goreng Ketumbar Yang Padu! Dijamin Lembut, Berempah & Tak Liat

RESEPI SINGGANG DAGING

resepi singgang daging

Bahan-bahan:

  • Daging (dihiris nipis)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Halia & lengkuas (dihiris atau diketuk sedikit)
  • Lada hitam (sedikit)
  • Biji ketumbar, jintan manis, jintan putih
  • Asam keping
  • Cili kering – ikut tahap kepedasan yang disukai
  • Garam dan perasa (secukup rasa)

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dalam periuk termasuk daging, bawang, halia, lengkuas, rempah, cili dan asam keping.
  2. Rebus hingga daging empuk dan semua bahan sebati.
  3. Tambahkan garam dan perasa secukup rasa.
  4. Siap! Tuang dalam mangkuk dan boleh terus dihirup panas-panas.

Sumber: Zaimah Zakaria

Baca juga: Daging Masak Hitam Kenduri, Resipi Tak Guna Banyak Bahan Tapi Padu Teramat

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN